MINDApreneur : Jutawan Industri
MINDApreneur SmartPartnership
Road To GuangZho @ Suria Affendi
MINDApreneur Business Presentation
Aksi MINDApreneur : Peraturan Emas
7 Peraturan Emas Sebagai Amalan Seorang
Usahawan :
Peraturan 1:
Mengurus perniagaan dengan pelan jangka
panjang, jelas RoadMap.
Tidak terlalu terpengaruh dan leka dengan
trend semasa serta
pasaran panas semata mata.
Peraturan 2:
Membina pendekatan yang berasaskan Orientasi
Pelanggan dengan mengutamakan manfaat pelanggan (Value Proposition) berbanding
penonjolan kekuatan peribadi dan kegagahan syarikat yang seperti syok sendiri.
Rendahkan
ego sendiri dan tinggikan ego pelanggan.
Peraturan
3:
Bina team pengurusan yang berkesan.
Bermula dengan seorang diri, duplikasikan
kepada Tiga, kemudiannya 5 dan seterusnya kepada 7 orang yang berkesan. Mereka
adalah orang orang yang memegang kunci kunci kejayaan
(KOP : Key Operating Person)
(KOP : Key Operating Person)
Ini
adalah langkah pertama bagaimana bisnes tuan puan boleh beropersai dengan
rancak dan maju tanpa kehadiran diri tuan puan mengendalikannya secara
langsung.
Peraturan 4:
Letakkan system pada tempatnya, kerja dan
urusan akan berjalan lancar samada dengan kehadiran kita maupun tanpa kehadiran
kita.
Setelah
ditempatkan orang orang yang wajar (KOP) pada posisi yang betul, jalinkan pula
mereka dengan system yang cekap (SOP). Gabungan KOP+SOP akan membawa bisnes
kita ke mercu jaya !
Peraturan
5:
Bercita cita untuk semakin membesar dan
mengorak langkah semakin jauh.
Dari syarikat enterprise kepada syarikat
sendirian berhad dan kepada berhad.
Dari ROB kepada ROC, Dari lokal kepada global.
Meningkatkan
reputasi dengan misi korporat.
Meningkatkan harga diri dan maruah diri dengan
menjauhi amalan keparat.
Peraturan
6:
Bangunkan punca hasil dan pendapatan dari
sumber yang pelbagai namun saling lengkap melengkapi antara satu sama lain
samada dari barisan produk mahupun dari projek hiliran atau huluan.
Pergantungan
kepada satu satunya hasil sumber melebihi kadar 20% amatlah berisiko kepada
perniagaan untuk suatu jangka masa. Takkala ada 5 sumber adalah lebih stabil
dan lebih sustainable.
Renung
renungkan pada jari yang 5 !
Peraturan
7:
Simpan semua dokumen dan data transaksi bisnes
dalam system file yang sistematik dan berkesan. Setiap urusniaga ada rekodnya
dan setiap rekod ada maknanya yang tersendiri. Takkala mengalami krisis dan
dijangkiti 4 penyakit serangkai, 'doktor' yang mahu merawat memerlukan data
data lepas sebagai panduan pemulihan.
Syabas
kepada mereka yang telah menyimpan data dan rekod secara sistematik.
Kepada yang belum bermula, mulakan sekarang
juga !
Bengkel MINDApreneur OnTheMove
Klinik MINDApreneurs 2 Hari
Pada : 18-19 Okt 2014 @ Putrajaya
Bengkel BMC for Kids : Goal Setting
Kursus Islah Potensi Diri : Pengurusan Masa Teknik 5 Waktu
Kursus Strategi Pengurusan Kewangan Syarikat
MINDApreneurs ECObizz TeamBuilding 3h2m
Karnival Usahawan @ Padang Terap Kedah
Bengkel MINDApreneurs
Bengkel BMC : RoadMap Kejayaan Bisnes
Kursus Pembangunan Usahanita Wilayah Persekutuan
Pembangunan Minda Usahawan : RoadMap Bisnes
Road To MAHA 2014
Business RoadMap Generation2020
Sempena Karnival Road To MAHA2014
Peringkat Negeri Johor @ B.Pahat (3-6 April 2014)
Di Tapak Karnival
Motivasi KeUsahawanan
@ SMK Dato' Syed Esa
@ SMK Dato' Syed Esa
Dairi 2014
Business RoadMap Genaration 2020 :
@ Taman Teknologi Malaysia
-Program Usahawan Jutawan
Menjana Minda Usahawan
Bisnes RoadMap 2014
Sekali Air Bah sekali Pasir Berubah ?
Sejajar dengan perkembangan dan perubahan semasa, alam dan
dunia perniagaan terus berkembang dengan eleman baru dan cabaran semasa, maka
para usahawan dan bakal usahawan serta setiap orang perlu meningkatkan potensi
diri, menambah ilmu dan kemahiran baru serta bersedia menyahut dan berdepan
dengan cabaran baru. Kami di Akademi Minda Usahawan juga bersedia dengan
Modul-Modul Latihan baru yang lebih relevan dengan tuntutan semasa.
7 Teras Modul Pembangunan Minda:
1. Motivasi Keusahawanan
2. Potensi Kendiri Keusahawanan
3. Modul-Modul Pengurusan Keusahawanan
4. Modul-Modul
Strategik Keusahawanan
5. Business Coaching
6. Personal Coaching
7. Team Building : TeamE’preneur (3H2M)
A. Program Publik - Terbuka Kepada Umum
1. Pelan Strategik Kejayaan Peribadi/Group/Busines (1-2
Hari)
2. Pengucapan Awam untuk Golongan Professional (2-3 Hari)
3. Bengkel Menjayakan Bisnes Latihan/Training (2 Hari)
4. Leadership and Project Management (2 Hari)
5. Membongkar Potensi dan InnerG Kendiri (1 Hari)
6. Pengurusan Kewangan Peribadi (1-2 Hari)
7. Pengurusan Kewangan Syarikat (1-2 Hari)
8.Pengurusan Stres (1-2 Hari)
B. Program in-house
1. Komunikasi Berkesan dan Pengucapan Awam (3H2M)
2. Membongkar Potensi dan InnerG Kendiri (2H1M)
3. Pelan Strategik Kejayaan (2H)
4. Budaya Kerja Cemerlang (2H)
5. Pra Persaraan (1H-3H2M)
6. Pengurusan Kewangan Peribadi (1-2 Hari)
7. Pengurusan Kewangan Syarikat (1-2 Hari)
8.Pengurusan Stres (1-2 Hari)
C. Modul Modul Keusahawanan
Tajuk-Tajuk berdasarkan 4 fasa Bisnes :
Tajuk-tajuk ini telah dibangunkan oleh para Panel Perunding
dan telah disusun mengikut 4 fasa sejajar dengan 4 fasa pembangunan
perniagaan. Tajuk-tajuk ini telah di
jadikan tajuk-tajuk ceramah dalam program-program pembangunan minda usahawan
yang telah dijalankan dari semasa ke semasa. Namun begitu pihak kami juga
mempunyai kepakar membina modul yang sesuai dan selari dengan kehendak
pelanggan bagi tujuan Transformasi ASK: Attitude dan Skill serta Knowledge !!
F1 : PENGENALAN BISNES
1. Pengenalan kepada dunia usahawan
2. Mengapa saya memilih kerjaya usahawan
3. Peluang-peluang dalam kerjaya usahawan
4. Bidang perniagaan, perkhidmata yang berdaya
maju
5. Usahawan Melayu, Cabaran dan Ancaman
6. Mahasiswa dan keusahawanan
7. Jati Diri
dan Pembangunan Minda Usahawan
F2 : PERSEDIAN BISNES
1. Prosidur
Memulakan Perniagaan
2. Teknik Asas Pemasaran
3. Asas Asas Pengurusan Akaun
4. Asas Asas Pengurusan Pejabat
5. Undang-undang perniagaan di Malaysia
6. Bisnes Model Generation
7. Rancangan Perniagaan , RP
F3 : PENGURUSAN
BISNES
1. Kuasa Minda dan Potensi Diri
2. Imej dan Penampilan Usahawan
3. Bahasa dan Budaya serta Etika Usahawan
4. Pengucapan Awam dan Komunikasi Berkesan
5.
Rahsia Kenapa Bisnes kecil Gagal
6. Usahawan Bumiputra : Cabaran dan Ancaman
7. Siapa Saya, Dimana Saya, Kemana Saya
8. Mengenal potensi dan Bakat keusahawanan
F4 : PENGEMBANGAN
BISNES
1. Psikologi Dalam Kejayaan Bisnes
2. Psikologi
Menjual Gaya Brian Tracy
3. Psikologi Dalam Kejayaan Berunding
4. Psikologi dalam Perhubungan Pelanggan
5. Nama, Jenama, Penjenamaan
6.
Pemasaran Media Baru dan Media konvensional
7. Seni Menjual
Modul- Modul Kontemporari:
1.
Motivasi Business – Minda dan Budaya Usahawan
2.
Potensi Kendiri Usahawan
3.
Minda Jutawan Gaya Abd Rahman Bin Auf
4.
Stratigik Bisnes
5.
Komunikasi Bisnes
6.
Business Idea Genaration – BIG
7.
Business Diagnostik – BD
8.
Business Model Generation Canves –BMGC
9.
Pemasaran Strategik + MMC
10.
Seni Kejurujualan + SMC
11.
Pengurusan Kewangan + CFMC
12.
Pengurusan Pengorganisasian dan Persumberan
13.
Pengurusan Projek
14.
Pengurusan Hubungan Pelanggan
15.
Rancangan Perniagaan (RP)
16.
Business coaching
7 Langkah Ke Pentas Jutawan
Pengurusan Kewangan Peribadi
7 Langkah Pengurusan Kewangan Peribadi Menuju Kepentas jutawan !
Sebagaimana Pesanan dari Jutawan Mr.
Arzak Manusia Terkaya di Babylon:
1/7: Mulakan dengan menambah wang dalam
simpanan!
Ulasan :
Belanja wang lebihan selepas tabungan (10-30%) bukan menabung baki wang yg lebih selepas dibelanjakan! Seringkali tiada yang lebih malah tidak kecukupan pula. Sebahagian dari wang yang kamu perolehi, ada hak untuk diri kamu sendiri, maka simpanlah. Ada hak Tuhan untuk diagih agihkan kepada anggota masyarakat 2.5% maka berzakatlah. Ada hak mereka dibawah tanggungan kamu, maka berbelanjalah.
Belanja wang lebihan selepas tabungan (10-30%) bukan menabung baki wang yg lebih selepas dibelanjakan! Seringkali tiada yang lebih malah tidak kecukupan pula. Sebahagian dari wang yang kamu perolehi, ada hak untuk diri kamu sendiri, maka simpanlah. Ada hak Tuhan untuk diagih agihkan kepada anggota masyarakat 2.5% maka berzakatlah. Ada hak mereka dibawah tanggungan kamu, maka berbelanjalah.
2/7: Kawal Perbelanjaan, Perbelanjaan berhemah
!
Ulasan :
Keperluan
sebenar tidaklah sebanyak mana , manakala Keinginan pula tiada batasnya. Rata-rata manusia berbelanja lebih dari
keperluan sebenar dan paling tidak mereka dapat berjimat paling kurang 30%
apabila kensep perbelanjaan berhemah dipraktikkan. Pembaziran dan pemborosan
adalah amalan syaitan dan menghalang lalulan ke pentas jutawan.
3/7. Gandakan
Wang- Bijak berniaga, keuntungan bertambah !
Ulasan :
Pada lazimnya
ada 3 kaedah utama untuk menggandakan wang iaitu melalui perniagaan dan
pelaburan serta perjudian. Menyimpan wang di bank bukanlah aktiviti
penggandaan. Pelbagai jenis perniagaan
menghasilkan pergandaan yang berbeda beda, antara pengandaan yang cepat adalah
bidang trading. Manakala pelaburan pula ada pelaburan yang berisiko tinggi dan
sederhana serta berisiko rendah. Biasanya Semakin tinggi risikonya semakin
besar pula penggandaannya, misalnya Forex dan Saham BSKL. Pelaburan dalam emas
dan perak serta hartanah juga menjanjikan pengandaan yang tinggi. Banyak juga
skim-skim haram yang menjanjikan pengandaan yang tinggi, rata-rata mereka yang
melabur berakhir dengan melebur.
4/7. Jagalah Wang
daripada kehilangan dan pembaziran !
Ulasan :
Wang boleh
hilang dengan banyak cara dan kehilangan yang kerap belaku disebabkan pelaburan
yang dibuat secara seberono pada skim-skim haram yang menjanjikan pulangan
tinggi dan lumayan. Musuh kepada kejayaan adalah jalan pintas dan sentiasa mahu
cepat.
Kemahuan diri sendiri seringkali susah mahu dibatasi. Seringkali berbelanja pada perkara perkara yang tidak perlu dalam pelbagai aspek. Kajian mendapati rata rata pengguna boleh berjimat paling kurang 30% bila mengamalkan cara perbelanjaan berhemah. Nafsu memang suka kepada pembaziran kerana nafsu suka kemewahan, kebanggan, pujian yang didorong oleh pujukan syaitan.
Kemahuan diri sendiri seringkali susah mahu dibatasi. Seringkali berbelanja pada perkara perkara yang tidak perlu dalam pelbagai aspek. Kajian mendapati rata rata pengguna boleh berjimat paling kurang 30% bila mengamalkan cara perbelanjaan berhemah. Nafsu memang suka kepada pembaziran kerana nafsu suka kemewahan, kebanggan, pujian yang didorong oleh pujukan syaitan.
5/7. Rancang pendapatan yang berterusan !
Ualasan :
Apa yang
dimaksudkan pendapatan yang berterusan?
Pendapatan berterusan dapat diumpakan seperti air yang sentiasa mengalir dalam saluran paip dan pengguna dapat mengambil dan menikmati airnya pada bila bila masa sahaja tak kala membuka pili paip. Mengangkut air menggunakan timba dari telaga ibarat aktiviti kais pagi makan pagi. Gaji bulanan pula ibarat saluran paip berjangka masa . Bagi memdapatkan air yang mengalir berterusan dalam paip, satu pam berkuasa super diperlukan untuk mengepam air daripada tasik atau empangan untuk dihantar ke rumah sendiri. Maknanya Mesin Duit diperlukan !! Sudahkah tuan puan memiliki Mesin Duit Sendiri?
Pendapatan berterusan dapat diumpakan seperti air yang sentiasa mengalir dalam saluran paip dan pengguna dapat mengambil dan menikmati airnya pada bila bila masa sahaja tak kala membuka pili paip. Mengangkut air menggunakan timba dari telaga ibarat aktiviti kais pagi makan pagi. Gaji bulanan pula ibarat saluran paip berjangka masa . Bagi memdapatkan air yang mengalir berterusan dalam paip, satu pam berkuasa super diperlukan untuk mengepam air daripada tasik atau empangan untuk dihantar ke rumah sendiri. Maknanya Mesin Duit diperlukan !! Sudahkah tuan puan memiliki Mesin Duit Sendiri?
Semakin
Banyak Mesin Duit, semakin bermutu tinggi Mesin Duit,
Semakin terjamin aliran duit yang berterusan
mengalir ke poket sendiri !!
6/7. Rancang pelaburan yang menguntungkan !
Ulasan:
Sebagimana
Pesan Mr. Warren Buffet :
“Berhati-hati dengan mana mana institusi yang menjanjikan pulangan melebihi 20% setahun”
Tinggi pulangan, Tinggi pula Risikonya. Kenalilah Risiko sesuatu pelaburan !
“Berhati-hati dengan mana mana institusi yang menjanjikan pulangan melebihi 20% setahun”
Tinggi pulangan, Tinggi pula Risikonya. Kenalilah Risiko sesuatu pelaburan !
Antara
pelaburan yang disarankan:
1. Pelaburan Saham BSKL dan Unit Amanah
2. Pelaburan Emas dan Perak
1. Pelaburan Saham BSKL dan Unit Amanah
2. Pelaburan Emas dan Perak
3. Pelaburan
Barangan Antik
4.Pelaburan Hartanah
4.Pelaburan Hartanah
-Tanah,
Bangunan Kilang, Rumah Kedai dan Rumah kediaman
5.
Pengambilalihan Perniagaan atau Perniagaan Franchais yang berdaya maju.
6. Apa Lagi
...?
7/7. Tingkatkan kemampuan menjana wang !
Ulasan :
Ada 4 kaedah
umum untuk menjana wang iaitu :
1.
Menggunakan tulang empat kerat. Siapa rajin berusaha mereka akan dapat lebih.
2.
Menggunakan Akal. Sesiapa yang memiliki kecerdasan dan kebijaksanaan ada
menjana lebih cepat dan lebih banyak dari orang lain.
3.
Menggunakan mesin duit. Sesiapa yang memiliki mesin duit yang canggih, mesin
duit yang banyak pasti dapat menjana wang yang berpanjangan serta bertambah
dari semasa ke semasa .
4.
Menggunakan wang, wang jana wang. Tidak hairanlah orang kaya semakin mudah
untuk bertambah kaya.
Langgan:
Catatan (Atom)







































