DANA UNTUK USAHAWAN KECIL DINAMIK

>Peruntukan Awal sebanyak RM50 juta
>Pinjaman RM5-10 ribu kepada Usahawan Kecil yang berpotensi dan dinamik .
>Tempoh bayaran balik 2 tahun dibawah skim Al Qhardul Hassan
>Dana ini telah diumumkan pada 22 september 2011 sempena Karnival Uasahawan Desa di Putrajaya.
>Pemohon mestilah ahli kepada Persatuan Gabungan Penjaja dan Perniaga Kecil Melayu Malaysia –PPPKM, sehingga kini ahli PPPKM berjumlah 500,000 orang.
>Kepada yang berminat, sila hubungi Pegawai Mara daerah (PMD) dan Pusat Bimbingan Usahawan MARA(PUSMA)

TAJUK-TAJUK CERAMAH > PROGRAM PEMBINAAN [M.I.N.D.A] USAHAWAN

Tajuk-tajuk ini telah dibangunkan oleh para Panel Perunding di Akademi Minda Usahawan dan telah disusun mengikut 4 fasa sejajar dengan 4 fasa pembangunan perniagaan. Tajuk-tajuk ini telah di jadikan tajuk-tajuk ceramah dalam program-program pembangunan minda usahawan yang telah dijalankan dari semasa ke semasa.

FASA 1 : KESEDARAN KEUSAHAWANAN
1. Pengenalan kepada dunia usahawan
2. Mengapa saya memilih kerjaya usahawan
3. Peluang-peluang dalam kerjaya usahawan
4. Bidang perniagaan, perkhidmata yang berdaya maju
5. Usahawan Melayu, Cabaran dan Ancaman
6. Mahasiswa dan keusahawanan
7. Jati Diri dan Pembangunan Minda Usahawan

FASA 2 : PERSIAPAN KEUSAHAWANAN
1. Prosidur Memulakan Perniagaan
2. Teknik Asas Pemasaran
3. Asas Asas Pengurusan Akaun
4. Asas Asas Pengurusan Pejabat
5. Undang-undang perniagaan di malaysia
6. Rancangan Perniagaan , RP

FASA 3 : PENGURUSAN PERNIAGAAN
1. Kuasa Minda dan Potensi Diri
2. Imej dan Penampilan Usahawan
3. Bahasa dan Budaya serta Etika Usahawan
4. Pengucapan Awam dan Komunikasi Berkesan
5. Rahsia Kenapa Bisnes kecil Gagal
6. Usahawan Bumiputra : Cabaran dan Ancaman
7. Siapa Saya, Dimana Saya, Kemana Saya
8. Mengenal potensi dan Bakat keusahawanan

FASA 4 : PENGEMBANGAN PERNIAGAAN
1. Psikologi Dalam Kejayaan Bisnes
2. Psikologi Menjual Gaya Brian Tracy
3. Psikologi Dalam Kejayaan Berunding
4. Psikologi dalam Perhubungan Pelanggan
5. Nama, Jenama, Penjenamaan
6. Pemasaran Media Baru dan Media konvensional

NOTA :
Panel penggubal modul-modul ceramah sentiasa mengemaskini modul mengikut keperluan pelanggan. Boleh di reka khusus mengikut spesifik keperluan pelanggan. Pihak kami mengalu-alukan sebarang cadangan dari pihak anda sekelian !!!

MODUL PROGRAM PEMBINAAN [M.I.N.D.A] USAHAWAN

PENGENALAN : Pada asasnya program Pembinaan Minda Usahawan di bahagi kepada 4 fasa :
1. Fasa Kesedaranan
2. Fasa Persiapan
3. Fasa Pengurusan
4. Fasa Pengembangan

FASA 1 : KESEDARAN KEUSAHAWANAN
Fasa kesedaran adalah fasa memberi pendedahan kesedaran kepada para peserta tentang dunia keusahawan secara umum bagi menimbulkan minat serta membangkitkan keinginan para peserta kursus untuk menjadikan perniagaan sebagai kerjaya pilihan. Langkah ini bertujuan melahirkan lebih ramai golongan Usahawan Bumiputra sejajar dengan misi nasional yang bertujuan melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra (MPPB). Modul-modul dalam fasa kesedaran adalah seperti berikut :
 Pengenalan kepada dunia usahawan
 Mengapa saya memilih kerjaya usahawan
 Peluang-peluang dalam kerjaya usahawan
 Bidang perniagaan, perkhidmata yang patut saya ceburi
 Usahawan Berjaya : Cabaran dan Ancaman
 Mengenal Minat dan Bakat serta Potensi keusahawanan.
 Mahasiswa dan keusahawanan

FASA 2 : PERSIAPAN USAHAWAN (RANCANGAN PERNIAGAAN)
Pendedahan lanjutan perlu diberikan kepada para peserta yang telah menunjukkan minat mendalam untuk menjalankan sebuah perniagaan sendiri. Kepada mereka ini diberi tunjukajar yang lebih komprehensif supaya mereka tidak tersilap langkah dengan membuat keputusan dan tindakan awal yang salah. Hal ini bagi mengelakkan mereka tersalah pilih jenis bisnes yang hendak dijalankan dan mendaftar nama syarikat yang tidak relevan dengan perniagaan serta beberapa perkara asas yang lain. Mulakan dengan langkah pertama dengan betul supaya langkah-langkah seterunya menjadi betul !. Fasa ini membolehkan seorang bakal menyediakan Rancangan Perniagaannya (RP) secara komprehensif. Modul-modul dalam fasa persiapan adalah seperti berikut :
 Memilih Jenis Industri
 Nama dan pendaftaran syarikat
 Imej perniagaan papan tanda, loga, warna dll.
 Lokasi Tapak Perniagaan
 Rancangan Pentadbiran
 Rancangan Pemasaran
 Rancangan Operasi
 Rancangan Kewangan

FASA 3 : PENGURUSAN BISNES
Seorang usahawan adalah seorang pengurus kepada syarikat pernigaannya. Kecekapan dan kebolehan mengurus adalah tonggak kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Bidang pengurusan amat luas, maka paling tidak usahawan perlu tahu dan memahami asa-asas pengurusan dalam beberapa aspek seperti :
 Pengurusan Pejabat
 pengurusan Kakitangan
 Pengurusan Pengeluaran
 Pengurusan Pemasaran,jualan
 Pengurusan Pelanggan
 Pengurusan Perkhidmatan sokongan
 Pengurusan Risiko
 Pengurusan Kewangan

FASA 4 : PENGEMBANGAN BISNES
Bagaimana sesebuah perniagaan boleh terus berkembang maju. Bagaimana untuk mengatasi ancaman dan cabaran yang sering dihadapi di dalam sesebuah perniagaan. sesebuah perniagaan seringkali berdepan dengan Ancaman dan cabaran samada dari dalam syarikat dan juga dari luar iaitu persekitaran . Maka usahawan perlu peka dan pantas bertindak dari semasa ke semasa. aspek-aspek berikut perlu diberi penekanan yang wajar .
 Pengurusan , sistem asas dan sistem sokongan
 Latihan kemahiran dan kecekapan
 Nama Jenama Penjenamaa
 Pembangunan dan Barisan Produk
 Peningkatan jualan,hasil pasaran baru
 Pengurangan risiko
 Kawalan kos
 Analisa ROI

SIAPAKAH USAHAWAN ?

JEJAK USAHAWAN, ADAKAH ANDA USAHAWAN ?
Usahawan perlu mempunyai beberapa kemahiran, diantara kemahiran yang amat perlu adalah Kemahiran Mendengar. Usahawan sering menghadhiri seminar, ceramah, sessi dailog dan mungkin juga sering menerima "rejection" jualan dan lain-lain rejection. Kemahiran Mendengar bukalah sesuatu yang mudah apatah lagi untuk mendengar dengan minda dan hati....! SIAPA USAHAWAN ? Terdapat pelbagai definasi, bergantung kepada siapa yang memberi definasi, apa latar belakang mereka dan dari propektif mana mereka melihat. Berikut adalah definasi dari seorang tokoh akademik yang mengajar subjek keusahawanan :
USAHAWAN ADALAH SESEORANG YANG BERUSAHA MEREALISASIKAN IDEA DENGAN MERANCANG, MENGURUS, MENYELENGGARA DAN MELAKSANAKAN USAHA-USAHA MENJANA EKONOMI DENGAN SOKONGAN MODAL DAN MASA SERTA BIJAK MENGURUS RISIKO DAN BERANI MENGHADAPI CABARAN SEMASA.
FROM ZERO TO HERO

6 KRETERIA USAHAWAN : 1. IMEJ & AURA DIRI 2. KEMAHIRAN KOMUNIKASI 3. KEMAHIRAN MENGURUS & MENTADBIR 4. SIKAP & K0MITMEN 5. FOKUS & BERMOTIVASI 6. MISI & VISI MODAL UTAMA PERNIAGAAN ADALAH DIRI SENDIRI ?

MENGAPA SAYA MEMILIH KERJAYA USAHAWAN !

A. 9/10 KEKAYAAN ADALAH MELALUI PERNIAGAAN Rata-rata seseorang usahawan mempunyai sumber pendapatan dari empat sumber : 1. Gaji sebagai pengurus atau pengarah urusan syarikat 2. Keuntungan dari perniagaan yang di jalankan 3. Dividen dari modal yang di laburkan 4.Komisen dari barangan atau servis yang dipasarkan

B. MENYERTAI JIHAD EKONOMI UMMAH

Memperbaiki Nasib Diri dan Keluarga, Bangsa serta Ummah

C. MEMAKMURKAN MASYARAKAT DENGAN MUAMALAT ISLAM

Sejak berkurun lamanya umat islam di tenggelami dengan sistem ekonomi kapitalis, hanyut dengan amalan perniagaan beriba. Pelbagai bentuk tekanan dan pernindasan dalam sistem yahudi itu. Tiba masanya umat islam bangkit dan membebaskan diri, keluarga dan masyarakat dari sistem perniagaan jahilliyah kepada muamalat islam. D. MENANDINGI YAHUDI DAN NASRANI

Rata-rata kuasa ekonomi di tangan yahudi, jangan biarkan mereka monopoli ! Menjadi fardu kiffayah kepada umat islam !

KELUAR PAGI BALIK PETANG, DAPAT GAJI HABIS BUAT BAYAR HUTANG ?

CABARAN USAHAWAN BUMIPUTRA ?
  1. Modal - RM
  2. Ilmu / knowledge
  3. Jaringan/Network
  4. Pengalaman
  5. Budaya Keusahawanan

HALANGAN KEPADA KEJAYAAN USAHAWAN ?

  1. Disiplin
  2. Daya Tahan
  3. Sikap Tamak haloba
  4. Hasad dengki- tiada sikap bantu membantu bangsa sendiri
  5. Sabotaj - oleh rakan kongsi/kakitangan/pesaing
  6. Kerenah Birokrasi- nak tolong mesti kena hulur, tak hulur tak proses

9 RAHSIA KEKAYAAN 1. Keinginan Yang Membara Untuk Kaya 2. Tidak Berputus Asa & Berfikiran Positif 3. Tingkatkan Kemahiran & Kepandaian Diri 4. Jujur & Amanah Serta Sabar 5. Tidak jadi Hamba Wang 6. Jauhi Hutang & Bijak Mengurus Hutang 7. Berkawan & ‘Berkahwin’ Dengan Orang Kaya Duit 8. Labur 10% Dari Pendapatan - Wang Menjana Wang (Menanam Wang=Menuai Wang) 9. Sucikan Pendapatan -10% Untuk Zakat & Sedekah (Banyak Memberi= Banyak Menerima )

Mengurus sebuah perniagaan seperti menunggang sebuah basikal ? a) Pilih Jenis Basikal Yang Sesuai b) Belajar Cara Menunggang Dengan Betul c) Pastikan Arah & Distinasi d) Patuhi Peraturan Jalan Raya & Peraturan Perlumbaan 5’D : Determination>Drive>Discipline>Dedication>Duplication 5 FAKTUR KEJAYAAN USAHAWAN 1. BERSIKAP SEBAGAI USAHAWAN > INISIATIF & KREATIF > CEKAP MEREBUT PELUANG > GIGIH & BERDISIPLIN > MEMBINA JARINGAN PERNIAGAAN > MEMUASKAN HATI PELANGGAN 2. PANDAI MERANCANG & BIJAK MENGURUS 3. RAJIN MEMASAR & GIGIH MENJUAL 4. CEKAP MENGAWAL KEWANGAN 5. TAHU MENGIRA RISIKO

Kemahiran Teknikal > Kemahiran Pengurusan > Kemahiran Kepimpinan ERTI SEBUAH KEJAYAAN ? KEJAYAAN ADALAH ‘KEKAYAAN’ DALAM SEMUA ASPEK KEHIDUPAN SAYA. Ø KEWANGAN & KEMEWAHAN Ø KEGEMBIRAAN & KECERIAAN Ø MEMILIKI RUANG & MASA Ø KREATIF & INNOVATIF Ø SILLATURRAHIM & JARINGAN Ø CINTA & PERSAHABATAN Kekayaan Masa Depan Terletak Pada Nilai Pengetahuan & Kemahiran Yang Boleh Di Perdagangkan –Thomas Edition 2 pemangkin utama kejayaan !

Ø ILMU YANG SAYA PELAJARI DAN AMALKAN > KNOWS HOW Ø ORANG YANG SAYA BERURUSAN DENGANNYA > KNOWS WHO Setiap Masa Saya Mesti Mempelajari Banyak Perkara Baru ! Setiap Hari Saya Mesti Jumpa Dengan Ramai Orang Baru ! 4’S : ciri-ciri orang gagal 1. Suka Beralasan 2. Selalu Menyalahkan Orang Lain 3. Sering Mengulangi Kesilapan Yang Sama 4. SombongBodoh “Cerdik Tak Dapat Nak Tumpang” “Bodoh Tak Dapat Nak Ajar” Kejayaan Seringkali Meniti Dari Kegagalan Kepada Kegagalan Tanpa Kehilangan Semangat Untuk Berjaya – Wiston Churchill DECLARATION #1 : My Business Philosophy is To Be Very FOCUS On What I’m DOING, On what I KNOW Best And On What I Could PRODUCE Best ! DECLARATION #2 : Every JOB Is A My Self POTRAIT I Must AUTOGRAPH My Work With EXCELLENCE ! DECLARATION #3 : I Must Facing Any Problem Positively, Run Away Doesn’t Solve The Problem But Will Create New Problem !

MEMBINA NAMA>JENAMA>PENJENAMAAN

APALAH ADA PADA NAMA ? Terdapat golongan yang sering melontar ungkapan “APALAH ADA PADA NAMA ?”. Golongan ini berhujah ”Kalaulah bunga Tanjung ditukar nama kepada bunga Tahi Ayam sekalipun, harumnya tetap sama dan tidak akan berubah, jadi apalah ada pada nama?” Manakala banyak pula golongan yang begitu perihatin pasal sesuatu nama, golongan ini termasuklah : IbuBapa yang sedang menunggu kelahiran bayi mereka. Mereka ini sibuk mencari nama yang baik dan sesuai untuk anak yang bakal lahir. Sesuai denagn saranan Junjungan Nabi supaya ibubapa memberikan nama yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mereka yang hafal dan faham tentang 99 Asma’ Alhusna cukup prihatin dalam soal nama. Golongan yang baru mula hendak berniaga, mereka ini sibuk mencari nama syarikat yang bersesuai untuk di daftarkan sebagai nama syarikat mereka. Golongan usahawan yang sedang mengembangkan syarikat mereka ke arena antarabangsa. Mereka ini mengkaji nama syarikat atau nama produk mereka yang sediada, adakah mempunyai standard antarabangsa ataupun tidak? Adakah nama itu patut di kekalkan atau patut di beri nama baru, ”Rebranding”? Golongan usahawan yang sedang mengalami kemerosotan bisnes. Mereka mula berfikir adakah nama syarikat atau nama produk mereka ada ”fengshui” atau tidak. Mereka mula merujuk kepada pakar-pakar fengshui bagi mendapat nasihat. Pihak berkuasa tempatan dan pakar-pakar bahasa. Mereka ini sering mencadangkan supaya nama jalan, nama tempat atau nama-nama lain yang sediada wajar ditukar kepada nama baru atas alasan tersendiri. Seringkali pula cadangan mereka mendapat tentangan dari pihak-pihak lain. Sepintas lalu, mari kita lihat apa yang sebenarnya ada pada sesuatu nama !1. Nama adalah perkataan yang digunakan untuk membezakan Manusia, Haiwan, Tempat dan Produk. 2. Nama menggambarkan Bangsa, keturunan dan budaya serta lokasi penempatan. 3. Nama > Jenama > Penjenamaan 4. Nama mengambarkan perwatakan dan personaliti. 5. Jenama adalah nilai komersial. 6. Penjenamaan adalah perwatakan atau identiti yang di nobatkan. Dalam sebuah perniagaan, Nama>Jenama>Penjenamaan amat-amat penting ! Maka mulakan dengan meletakkan Nama Syarikat yang betul dan tepat !!