Komunikasi Bisnes

Kebijaksanaan dan kepetahan bercakap adalah satu dari tiga belah kompetensi kendiri yang perlu dimiliki oleh para usahawan . Berikut adalah sebahagian dari tip-tipnya:

[1]
Ramai mereka yang telah berjaya samada dalam Kerjaya mahupun dalam Bisnes adalah terdiri dari mereka yang pandai berbicara, bijak berkomunikasi.

Mereka tahu bercakap pada operasi dalaman dan pandai berbicara pada operasi luaran. Kemahiran komunikasi interpersonal itu telah menyebabkan mereka disegani dan dihurmati oleh pekerja sendiri dan juga oleh pelanggan mereka.

Bak kata bidalan: jika banyak emas keluar dari mulut, akan banyak emas terkumpul di depan mata !

[2]
Mengikut Michael J. Losier, ada 4 gaya komunikasi iaitu gaya Visual, Auditori , kinestatik dan gaya Digital. Memahami gaya kemunikasi diri sendiri dan gaya komunikasi orang lain akan lebih cepat membina keserasian dan berkongsi landasan persamaan.

Adalah penting memahami gaya komunikasi pasangan, anak-anak, mertua dan ipai dui bagi mengiratkan hubungan kekeluargaan. Begitu juga penting memahami gaya komunikasi sahabat handai, rakan sekerja, pagawai atasan dan kakitangan bahawan bagi menjalin hubungan yang mesra dan saling memahami !

[3]
Kajian oleh Dr Albert Mehrabian menunjukkan bahawa pengaruh komunikasi tanpa lisan melebihi dari komunikasi lisan dimana bahasa tubuh menguasai 55% , diikuti bahasa 38% dan perkataan 7%. Ini nampaknya selari dengan asas komunikasi 4’S – Senyum, Salam, Sapa dan Sopan.

Ada beberapa cara untuk menyampaikan hajat , gunakan bahasa yang berbeza untuk menyampaikan hajat yang sama melalui perkataan- perkataan yang berlainan. Kemampuan menguasai Teknik bahasa berkuasa gaya NLP - Pendengaran Parafrasa (Paraphrase Listening) satu kelebihan. Maksudnya menggunakan perkataan, frasa atau ayat yang lain untuk menyampaikan perkara yang sama.


[4]
Tip Melayan Pelanggan sebagaimana yang disarankan oleh Saudara Ann Wan Seng pengarang buku Rahsia Bisnes Orang Cina, diantaranya adalah:

1. Pelanggan suka berurusniaga dengan mereka yang ada kejujuran dan keikhlasan

2. Memberikan layanan yang sama rata kepada semua pelanggan tanpa mengira mereka pelanggan baru mahupun lama.

3. Mengutamakan perasaan pelanggan bukannya perasaan sendiri.

4. Muka mahu manis, mulut mahu ramah. Mulakan dengan konsep 4’S iaitu Senyuman, Salam, Sapa dan Sopan.

4. Tidak menengkin atau memarahi pelanggan meskipun pelanggan tidaklah selalunya betul.

5. Menjawab pertanyaan pelanggan dengan yakin dan mesra.

6. Mempunyai dan mempamirkan rasa emphatin, prihatin kepada pelanggan.

7. Berbaik sangka dan tidak bersikap prejudis terhadap pelanggan.

[5]
antara desakan dan pujukan ...
antara suruhan dan saranan ...
antara permintaan dan rayuan ...
yang manakah lebih bekesan?

Kajian pakar menunjukkan bahawa bunyi yang dialunkan pada gelombang alpha mudah hinggap di hati sanubari. Maka disarankan supaya berbicaralah dengan gelombang Alpha, seperti berbicara dengan Tuhan dalam Solat, seperti berkata-kata dengan anak dalam pangkuan, seperti bercakap suami isteri dalam pelukan ! Tidak perlu meninggikan suara, tidak perlu menjerit dengan bahasa kasar dan kesat !

Menurut Hilmi Isa pengaran buku Rahsia Kalimah Berkuasa Dalam Bisnes:Kajian pakar membuktikan perbezaan paten-paten ayat orang yang berjaya dengan orang yang kurang berjaya. Dalam kajian berkenaan, mereka memerhatikan gaya komunikasi pengurus-pengurus dan mereka mendapati bahawa pengurus-pengurus berkenaan menggunakan gaya bahasa yang lebih positif seperti menghargai, menyokong dan menggalakkan. Sebaliknya para pengkaji mendapati pekerja bawahan suka berleter, menyalahkan dan menyindir.

[6]
Pernah anda rasa kecil hati, geram, marah-marah bila tiba-tiba di'unfriends' oleh sesorang yang anda kenali dan hubungan yang agak mesra sebelum ini?

Mereka mungkin tidak membenci anda, mungkin mereka sekadar mengalami kecederaan emosi lalu mereka pun mencari 'rakan baru' yang lebih serasi dan lebih sefahaman kerana itulah asas kepada kemesraan yang berpanjangan.

Ramai orang sebenarnya tidak 'Memilih Bulu' dalam berkawan dan berurusan, mereka lebih suka pada seseorang yang memiliki 'Muka Menyenangkan' !










MiTos Bisnes

Mitos Bisnes 1: 
Orang Melayu Tidak Pandai Berniaga
Bukan semua Orang Cina pandai berniaga,
Bukan semua Orang Melayu tak tahu berniaga,
Perniagaan yang berjaya adalah hasil dari kerja keras, kesungguhan, keberanian, keyakinan, pengorbanan keringat dan air mata serta panjang akal dengan sentiasa merancang melakukan perubahan !
Berniaga adalah sejenis seni dan kemahiran. Boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja yang berminat tanpa mengira bangsa dan keturunan !!

Mitos Bisnes 2: 
Berniaga akan melahirkan Jutawan Segera
Berniaga memerlukan bakat, minat dan kemahiran. Peniaga , usahawan pula perlu berwawasan, mempunyai komitmen, disiplin diri yang tinggi serta kesabaran, kekuatan mental dan pengorbanan. Pastinya semua ini tidak dapat dimiliki, dikuasai dalam masa yang singkat.

Mitos Bisnes 3: 
Mahu Berjaya dalam bisnes perlu bergantung kepada kontrak Kerajaan
Betapa ramai jutawan telah lahir dari bisnes kecil-kecilan, bisnes peruncitan. Bisnes peruncitan adalah medan berkesan untuk melatih para usahawan belajar menghadapi dan mengendali kerenah manusia, kerenah pelanggan yang pelbagai.
Kontrak kerajaan melibatkan banyak formality dan kerenah birokrasi


MiTos Bisnes 4: 
Bisnes sebagai kerjaya sampingan, separuh masa dan suka-suka.
Rata-rata usahawan yang Berjaya dan menjadi Jutawan adalah hasil kerja keras selama 10-15 jam sehari dan 7 hari seminggu.

MiTos Bisnes 5: 
Perlu ada ijazah MBA untuk menjadi usahawan Berjaya di peringkat glokal mahupun global.
Kejayaan Usahawan banyak bergantung kepada sikap, usaha dan keyakinan di samping minat, bakat serta kemahiran. Kelulusan akademi adalah bonus bila dimanfaatkan

MiTos Bisnes 6 : 
Bisnes akan cepat maju dengan menewaskan, dengan membunuh pesaing.
Perniagaan adalah satu industri yang memerlukan kerjasama, simbiosis dan sikap tolong menolong serta saling lengkap melengkapi.
Bukannya industri "makan orang" atau "makan seseorang

MiTos Bisnes 7 : 
Rezeki Secupak Tak Akan Jadi Segantang.
Sikap rajin, berani, agresif, tahan lasak, kuat semangat juang dan bijak menghitung risiko dan cekap menangkap peluang memungkinkan rezeki bertambah bergantang-gantang !

Kita berusaha sepenuh kudrat, kita bertawakal dengan penuh berharap dan Allah Makbulkan !!
Berfikir di Luar Kotak,
Bertindak di Luar Normal,
Hasilnya di Luar Jangka !!

MiTos Bisnes 8 : 
Bisnes Sendiri, Urus Sendiri, Urus ikut rasa hati sendiri.
Perniagaan yang telah terbukti berjaya rata-rata diurus dengan sistem yang mantap dan teratur. Bisnes jadi lentang pukang Tanpa S.O.P . Sendiri Bos Sendiri Kuli bukanlah satu amalan yang baik dan berkesan
>Disiplin adalah kunci kejayaan !!

MiTos Bisnes 9:
Nak Untung Lebih Kenalah Menipu
Pelanggan mahukan Nilai yang setimpal dengan wang mereka. Mereka mahukan prinsip menang-menang. Pelanggan yang rasa tertipu pastinya tidak akan datang lagi dan mereka pula bercerita kepada orang lain, kepada kenalan dan sahabat handai mereka.

Peniaga yang mementingkan diri sendiri, tamak, mahu untung cepat, tidak jujur, bijak bermuslihat dan memanipulasikan harga serta terlalu berkira akan cepat gulung tikar dan mengali kubur sendiri.

>Tidak ada Ke-Berkat-an bila mencuri dalam sukatan dan menipu dalam timbangan. Perbuatan itu diLarang dan Haram ...

MiTos bisnes 10 : 
Saya pandai memasak, saya ada resepi rahsia, jika saya buka restoran, tentu restoran saya akan penuh sesak dengan pelanggan.
John Pemberton dari Atlanta Amerika Syarikat adalah pemilik resepi coco-cola dan mula mempelkena...lkan minuman tersebut pada tahun 1886. Beliau telah menjual Rahsia Resepi tersebut kepada Asa Candler yang kemudiannya membangunkan sistem pemasaran yang hebat sehingga coco-cola menjadi produk dan jenama terkenal di seluruh pelusuk dunia.

John Pemberton dikhabarkan menghabiskan hayatnya dalam keadaan miskin manakala Candler pula terkenal sebagai seorang yang berjaya dan kaya raya.

>Berbisnes bukanya tempat untuk syok sendiri ...

Belanjawan 2013 :Mempergiatkan IKS

Mempergiat Perusahaan Kecil dan Sederhana

19. Seperti kita maklum, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memainkan peranan penting dalam transformasi ekonomi negara. Bagi mempercepatkan pertumbuhan industri PKS dan perluasan skop kawasan industri di seluruh negara, dana sebanyak 1 bilion ringgit akan disediakan di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank. Langkah ini memudahkan akses PKS untuk mendapat pembiayaan dan seterusnya memajukan perniagaan mereka.

20. Ini selari dengan Pelan Induk PKS (2012 - 2020) yang telah dilancarkan yang bertindak sebagai ‘game changer’ untuk mempercepatkan pertumbuhan PKS melalui inovasi dan produktiviti. Pelan induk ini melibatkan pelaksanaan 32 inisiatif termasuk 6 Program Berimpak Tinggi dengan peruntukan 30 juta ringgit.

21. Dalam mempergiatkan Industri Halal, terutamanya membangunkan produk-produk halal berimpak tinggi untuk tujuan eksport, SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak 200 juta ringgit bagi membiayai modal kerja PKS terlibat.

22. Pada masa ini, terdapat 1.5 juta penjaja dan peniaga kecil menjalankan perniagaan secara tradisional dengan struktur perniagaan kecil dan pendapatan harian tidak menentu. Sehubungan itu, sebagai tanda keprihatinan dengan kekangan yang dihadapi oleh mereka sekiranya berlaku kemudaratan diri, hilang upaya serta kematian, Kerajaan mencadangkan skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Skim ini akan memberi had perlindungan maksimum sehingga 5,000 ringgit. Buat pertama kalinya, Kerajaan akan membiayai skim ini dengan peruntukan sebanyak 16 juta ringgit setahun.

23. Di samping itu, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) akan memperkenalkan Program Business In Transformation bagi menyokong usaha bersepadu memodenkan perniagaan golongan penjaja dan peniaga kecil kepada standard yang lebih tinggi dan berdaya saing dengan menggunakan model licensing atau franchising. Program ini akan memberi bimbingan dan khidmat nasihat ke atas konsep perniagaan baru seperti kedai bergerak, kiosk dan perniagaan atas talian. Untuk ini, PNS akan menyediakan kemudahan kepada penjaja dan peniaga kecil dengan pinjaman sehingga 25 ribu ringgit bagi licensee dan 500 ribu ringgit kepada licensor.

> Nota Minda-UsahawanSuper: Di kala belum cukup bersedia, peluang datang secara tiba-tiba. Di saat memerlukannya, peluang sudah tiada lagi ? Maka bersiap sedialah merebut peluang yang ada !!

Bisnes Diagnostik >Bisnes Model >Bisnes Coach

Bermula dengan Bisnes Diagnostik dan diikuti dengan penyediaan Bisnes Model serta disusuli dengan Bisnes Coach !

Bisnes Diagnostik :
5 Eleman utama yang perlu dibuat bedah siasat dengan kaedah SOIF/ SWOT :
1. Visi dan Misi serta Objektif Syarikat.
2. Sistem Operasi Piawaian (SOP)
3. Modal Insan yang membentuk Pasukan Pejaya
4. Pemasaran dan Jualan
5. Pengurusan Kewangan

Bisnes Model :
Apa itu Bisnes Model? Definisi 'Bisnes Model' adalah Pelan atau Perancangan Perniagaan. Pelan ini dilaksanakan oleh sebuah syarikat untuk menjana pendapatan dan membuat keuntungan daripada operasi. Model ini termasuk komponen dan fungsi perniagaan, serta ia menjana pendapatan dan perbelanjaan ia melibatkan.
Permodelan Perniagaan adalah alat penting untuk melihat lebih jelas, mereka bentuk, inovasi dan mengubah perniagaan. Walau bagaimanapun, dalam usaha untuk mengubah organisasi yang sediada dan menjajarkan mereka untuk model perniagaan. Model Perniagaan tidak harus dilihat secara berasingan, tetapi dilihat secara saling berkaitan
Bisnes Model anda adalah sos rahsia anda, formula ajaib anda. Bisnes Model anda adalah apa yang membuatkan perniagaan anda menjadi unik. Bisnes Model anda adalah formula yang anda gunakan untuk mengakali pesaing anda, memberikan nilai yang berterusan kepada pelanggan, dan terus mengembangkan perniagaan anda. Terdapat lapan (8) Eleman penting untuk setiap model perniagaan:

1. Mesti mempunyai margin yang cemerlang
2. Mesti mudah untuk menjual, permintaan yang tinggi.
3. Mesti mempunyai Empat Komponan Modal Asas
    Modal Intelek, Modal Kewangan, Modal Insan dan Modal Jenama
4. Mesti mampu untuk mengekalkan kelebihan daya saing yang berterusan
5. Mesti mempunyai pelanggan yang berkualiti
6. Mesti mempunyai jangka hayat industry yang panjang
7. Mesti menyediakan pelan penyelamat
8. Mesti mengelakkan kesulitan

Model Bisnes yang telah menarik perhatian ramai :
1950 an – McDonald’s restaurants dan Toyota
1960 an - Wal-Mart dan Hypermarkets
1970 an - FedEX dan Toys R
1980 an - Blockbuster, Home Depot, Intel, dan Dell Computer
1990 an - Southwest Airlines, Netflix, eBay, Amazon.com, dan Starbucks.

Business Model Generation :
Inovasi business model kini dibangunkan dalam 3 model :
1) Model Bisnes diinovasikan menjadikan You Model , bagaimana, pemilik bisnes dapat
    membangunkan business model bagi pengurusan hidup peribadi dan bisnes/kerja secara selari.
2) Model Bisnes diinovasi sebagai alat bantu proposal usahawan
3) Model Bisnes diinovasi menjadi kerangka perancangan bisnes.

                                             Chart ini adalah hasil Kreatif DrRahman Ibrahim.
Cover Buku Business Model Generation

Canves


9 Blok Bisnes Model Genaration:
1. Segmen Pelanggan
2. Cadangan Nilai
3. Saluran Pengedaran
4. Hubungan Pelanggan
5. Aliran Hasil Pendapatan
6. Sumber Modal Utama
7. Aktiviti Utama
8. Rakankongsi Utama
9. Struktur Kos

Dalam teori Business Model Generation, ruangan pertama yang diisi dalam kanvas adalah Customer Segment/segmen pelanggan. Selesai segmen pelanggan, maka bisnes kita sudah tahu siapa yang akan menyumbangkan banyak duit (RM$$$$) dari perniagaan tersebut.
Kajian mendapati, perniagaan yang tutup kedai adalah perniagaan yang tidak mempunyai segmen pelanggan yang jelas. Ini menjadikan perniagaan mereka memilih 'mass market'. Mass market adalah sasaran pelanggan yang berisiko. Di mana pasaran ini didominasi oleh Big Boys iaitu Pemain/syarikat/firma besar dalam industri tersebut.

Apa Model Bisnes Anda?

NoTa JuTaWan (1)

Seorang Jutawan menulis rangkap berikut pada buku notanya : Idea yang Hebat seringkali datang pada setiap kali saya jatuh dari kegagalan. Idea semakin bertambah hebat bila semakin kerap saya jatuh.

Saya perhatikan pada umumnya ada 3 sikap manusia yang jatuh dari sesebuah kegagalan:
1. Mereka amat kecewa dan merungut sepanjang masa.
2. Mereka bangun semula dan mencuba dan terus mencuba, namun tidak ramai yang mampu berjaya semula.
3. Mereka mencari jawapan atas kegagalan mereka dan mencari jalan lain yang membawa kepada kejayaan, sehinggalah mereka benar-benar menemui kejayaan.

Jutawan Adam Khoo berpendapat bahawa Nilai Intelek itu tidak diukur dari pencapaian akademi, punya ijazah Sarjana mahupun Phd semata-mata. Lebih kepada kebolehan Mencipta Nilai dan Menambah Nilai. Hal ini biasanya dapat dilakukan oleh mereka yang berTabiat Memberi Lebih Dari apa yang diHarapkan.

Fakta Yang Menarik, Thomas J.Stanley pengarang buku Millionaire Mind telah menemubuai 733 jutawan dan bertanya apakah faktor utama kejayaan mereka? Berlaku jujurlah kepada orang lain ! Kepercayaan masyarakat arab jahilliyah kepada Baginda Nabi adalah kerana sikap Amanahnya dan Baginda amat menyarankan kepada kita semua supaya menjadi umat yang Amanah !

Apakah maksud Umar Al khatab bila beliau berkata"didiklah anak-anak kamu dengan cara berbeza dari zaman kamu". Apakah dengan memberi kemewahan kerana dulu kita hidup serba kekurangan? kata seorang jutawan kepada anaknya, "ayah tidak akan membesarkan kamu dengan kemewahan kerana jika dari kecil kamu telah dapat apa yang kamu idamkan, kamu pasti kehilangan kemahuan, kehilangan daya juang untuk meraih kejayaan".


NAMA DAN PENJENAMAAN >> Apalah Ada Pada Nama ???

Ada yang sering bertanya “Apalah Ada Pada Nama?”. Mereka ini berhujah ”Kalaupun nama Bunga Tanjung ditukar kepada nama Bunga Tahi Ayam sekalipun, harumnya tetap sama dan fizikalnya juga tidak berubah, jadi apalah ada pada nama?”

Manakala banyak pula golongan yang begitu perihatin pasal sesuatu nama, golongan ini termasuklah IbuBapa yang sedang menunggu kelahiran bayi mereka. Mereka ini sibuk mencari nama yang baik dan sesuai untuk anak yang bakal lahir. Sesuai dengan saranan Junjungan Nabi supaya ibubapa hendaklah memberikan nama yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mereka yang hafal dan faham tentang 99 Asma’ Alhusna cukup prihatin dan mengerti dalam soal nama.

Golongan yang baru mula hendak berniaga, mereka ini sibuk mencari nama syarikat yang bersesuai untuk di daftarkan sebagai nama syarikat mereka. Manakala golongan usahawan yang mahu mengembangkan syarikat mereka ke arena antarabangsa, mereka ini mengkaji nama syarikat atau nama produk mereka yang sediada, adakah mempunyai standard antarabangsa ataupun tidak? Adakah nama itu patut dikekalkan atau patutkah diberi nama baru - Rebranding?

Golongan usahawan yang sedang mengalami kemerosotan bisnes. Mereka mula berfikir adakah nama syarikat atau nama produk mereka ada ”fengshui” atau tidak. Mereka mula merujuk kepada pakar-pakar fengshui bagi mendapat nasihat.

10 jenama yang kini Gah di pasaran dijangka akan luput tidak lama lagi sebagaimana mengikut satu kajian yang dijalankan di Amerika. Kemungkinan ini disebabkan kejatuhan mendadak dalam jualan dan kerugian besar yang sedang dialami oleh syarikat. Jenama tersebut adalah Nokia, Sony Ericsson, A&W, Sony Pictures, Sears, Saab, Soap Opera Digest, MySpace, American Appavel dan Kellogg’s Corn Pops.

 Pihak berkuasa tempatan dan pakar-pakar bahasa pula sering mencadangkan supaya nama jalan, nama tempat atau nama-nama lain yang sediada wajar ditukar kepada nama baru atas alasan tertentu. Seringkali pula cadangan mereka mendapat tentangan dari pihak-pihak lain.

Sepintas lalu, mari kita lihat apa yang sebenarnya ada pada sesuatu nama !
  1. Nama adalah perkataan yang digunakan untuk membezakan Manusia, Haiwan, Tempat dan Produk.
  2. Nama menggambarkan Bangsa, keturunan dan budaya serta lokasi penempatan.
  3. Nama mengambarkan perwatakan dan personaliti.
  4. Jenama adalah nilai komersial.
  5. Penjenamaan adalah perwatakan atau identiti yang di nobatkan.

Dalam sebuah perniagaan, Nama>Jenama>Penjenamaan amat penting sekali !
Maka mulakan dengan meletakkan Nama Syarikat yang betul dan tepat !!
Letaklah nama yang menarik pada produk yang dikeluarkan !!!

MUHAMMAD MODEL USAHAWAN SUKSES !!!

Rekod dan Pengalaman Baginda Nabi saw dalam Perniagaan :

>>Pada usia 12-17 tahun : Mengikuti rombongan dagang Abu Talib ke Syam
>>Pada Usia 17-19 tahun : Menjadi Pengurus kepada Syarikat Abdul Mutalib
>>Pada Usian 20 tahun : Menjadi Pengurus Misi kepada Perniagaan dan perdagangan Jutawan Khadijah merentasi Yaman, Syiria, Busra,Iraq,Jordan dan Bahrin
>>Pada usia 25-37 tahun : Menjadi CEO kepada Syarikat Jutawan Khadijah

Rahsia Kejayaan Baginda :
1. Memiliki Akhlak yang terpuji
2. Mempunyai visi dan misi
3. Membina persaudara – networking
4. Mengelak permusuhan
5. Menjauhi Amalan Monopoli
6. Bersikap Amanah, Siddiq, Tablig dan Fatanah
7. Bermula dari bawah
8. Tidak sombong
9. Tidak mengecewakan orang lain
10. Tidak menyusahkan orang lain
11. Tidak menipu timbangan , sukatan.
12. Tidak bersumpah untuk meyakinkan pelanggan
13. Tidak Terlibat dengan Riba
14. Tidak Berniaga Barangan Haram
15. Tidak Menjual barangan yang tidak Wujud


KAREKTOR PERIBADI BAGINDA NABI
>Fatanah : cerdik dan bijaksana – menyusun strategi untuk meleburkan monopoli perniaga Yahudi di Pasar Madinah.

>Amanah : Pegang Amanah dengan Jujur, Bertanggung jawab, tidak khianat dan menepati janji. Sehingga di beri pingat kebesaran yang bergelar Al-Amin (Yang Dipercayai)

>Siddiq : Benar, jujur dan Berjiwa Lurus terhadap pihak-pihak yang berkepentingan seperti para pemegang saham, perusahaan, pelanggan , pesaing dan pekerja sendiri. Baginda pernah berlari kearah pelanngan untuk memberitahu kain yang dijualnya telah rosak sedikit.

>Tabligh : Menyampaikan-Bijak dalam berkomunikasi. Tidak berlebihan dalam perkataan- terus kepada pokok persoalanan dan berkata benar, tidak merapu. Bijak menjawab pertanyaan pelanggan berdasarkan data dan fakta. Mengamalkan budaya 4’S- senyum, salam, sapa dan sopan santun.


KEPAKARAN BAGINDA :
1. Bijak Membuat Keputusan
>Mendengar Nasihat Pakar
>Keputusan Mengikut Majoriti
>keputusan Demi Kepentingan Islam
>keputusan Demi kesejahteraan Masyarakat

Baginda amat Bijak dalam Membuat sebarang Keputusan. Baginda mendengar nasihat pakar, membuat keputusan Mengikut Suara Majoriti dengan mendahulukan Kepentingan Islam. Ternyata dengan demikian terjaminlah kesejahteraan masyarakat.

2. Kepakaran Berunding
3. Kebijaksanaan Mengurus
4. Kecekapan Mentadbir
5. Kepandaian Membina Jaringan

Usahawan Muslim sudah pasti mahu menjadikan Baginda Nabi saw sebagai idola Usahawan Sukses. 5 Adab Asas yang perlu diamalkan dalam berurusniaga adalah :
1. Tidak bertengkar , berdebat atau berbantah bantahan .
2. Tidak menipu timbangan dan sukatan
3. Tidak melindungi kecacatan barangan jualan
4. Tidak berbohong dalam percakapan dan urusniaga
5. Sentiasa menjaga Akhlak dan berakhlak mulia

BAJET 2012: RANGSANGAN DAN PELUANG BUAT USAHAWAN


Berikut adalah Sedutan dari pembentangan bajet 2012 pada 7 hb. Okt 2011. 4 kelompok usahawan yang mendapat perhatian langsung dari bajet ini iaitu usahawan PKS, usahawan francise, usahawan belia, usahawan wanita. Semuga para usahawan tidak leka dan bersikap proaktif untuk merebut peluang-peluang yang mendatang. Selamat Maju Jaya !!!

30. Seperti yang dimaklumi, Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) menyumbang hampir 31 peratus kepada KDNK, 56 peratus kepada tenaga kerja dan mencakupi 19 peratus daripada jumlah eksport. Sebagai usaha meningkatkan lagi sumbangan PKS kepada pertumbuhan ekonomi, satu skim Dana Pembiayaan PKS patuh syariah berjumlah dua bilion ringgit yang dikendalikan oleh bank-bank Islam terpilih akan diwujudkan pada 2012. Seiring maksud ini, Kerajaan akan menanggung dua peratus daripada kadar keuntungan pembiayaan.

31. Selanjutnya, kita tahu bahawa, kegagalan usahawan bukan semuanya disebabkan oleh ketidakupayaan berniaga tetapi juga oleh faktor di luar kawalan seperti kemelesetan ekonomi dan kenaikan kos. Gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya atau pintu kejayaan telah tertutup. Usahawan yang ikhlas dan gigih dalam perniagaan mesti diberi peluang kedua. Bagi tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan SME Revitalisation Fund dengan dana 100 juta ringgit. Skim ini menawarkan pinjaman mudah dengan maksimum satu juta ringgit kepada golongan peniaga untuk membangunkan semula perniagaan mereka. Dana ini akan diuruskan oleh SME Bank dan akan ditawarkan pada Januari 2012.

32. Kerajaan juga bercadang untuk menubuhkan satu Dana Kecemasan PKS sebanyak 10 juta ringgit untuk membantu PKS yang terlibat dengan bencana alam. Penubuhan dana ini adalah satu langkah proaktif bagi membantu PKS supaya dapat beroperasi semula seperti biasa dalam tempoh yang singkat. Dana ini akan disalurkan kepada PKS dalam bentuk geran dan pinjaman mudah melalui SME Corporation dan MIDF. Skop pembiayaan dana akan meliputi pembelian mesin dan peralatan untuk menggantikan mesin yang musnah dalam bencana alam, pembelian bahan mentah dan membaik pulih premis.

33. Menyentuh perniagaan francais pula, kita dapati, francais oleh syarikat tempatan dapat memperkasakan jenama Malaysia. Jadinya, bagi terus menyokong pembangunan industri francais tempatan, Kerajaan mencadangkan fi francais yang ditanggung oleh francaisi dibenarkan potongan cukai. Kerajaan menyeru syarikat francais tempatan tidak melepaskan peluang untuk terus berusaha dan memantapkan lagi perniagaan termasuklah mengembangkan sayapnya ke luar negara.

74. Selanjutnya, Kerajaan juga akan mengambil langkah bagi membendung kenaikan kos dan harga serta membantu mengurangkan beban rakyat seperti berikut:

Pertama: Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia ke seluruh negara. KR1M menawarkan 250 jenis produk berjenama 1Malaysia meliputi keperluan harian pengguna pada harga sehingga 40 peratus lebih rendah. Memandangkan sambutan yang amat menggalakkan, Kerajaan juga bercadang membuka 85 unit tambahan sehingga akhir 2012 dengan peruntukan 40 juta ringgit;

Kedua: Membuka 30 unit Agro Bazaar Kedai Rakyat di seluruh negara bagi memasarkan produk pertanian dan barangan berjenama 1Malaysia. Di samping itu, Kerajaan akan memperluaskan penjualan produk 1Malaysia di semua kedai di bawah Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), kedai FELDA dan kedai serbaneka stesen minyak seluruh negara; dan

Ketiga: Memperluas dan mempromosi Menu Rakyat 1Malaysia yang menawarkan pakej menu makanan popular pada harga yang berpatutan iaitu maksimum dua ringgit bagi sarapan pagi dan empat ringgit bagi makan tengah hari. Sehingga kini, lebih 700 pengusaha telah mengambil bahagian dan dijangka diperluaskan kepada 3,000 pengusaha pada akhir 2012. Untuk mengembangkan lagi langkah ini, Kerajaan menggalakkan semua pengusaha kafeteria di pejabat Kerajaan dan swasta melaksanakan inisiatif Menu Rakyat 1Malaysia.

78. Bagi tahun 2012 pula, 7,700 unit rumah akan dibina di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja. Harga rumah yang ditawarkan di bawah skim ini lebih rendah berbanding dengan harga pasaran disebabkan tanah dan dana mudahcara disediakan kepada pemaju. Sebagai contoh, satu unit apartmen dengan keluasan 1,000 kaki persegi di Putrajaya dijual pada harga 150 ribu ringgit berbanding harga pasaran 220 ribu ringgit. Kerajaan juga akan memberi pengecualian sepenuhnya duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman di bawah program ini.

90. Bagi mempastikan masyarakat Bumiputera bergerak seiring dengan perkembangan ekonomi, Kerajaan telah menubuhkan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) untuk menyelaras dan memacu transformasi serta memperkukuhkan penyertaan masyarakat Bumiputera dalam perniagaan. Untuk ini, TERAJU akan membimbing secara berperingkat hampir 1,100 syarikat Bumiputera yang berprestasi tinggi dan berpotensi untuk disenaraikan di bursa saham. Di samping itu, MARA akan menyediakan pembiayaan modal kepada warga syarikat korporat yang berkelayakan untuk pembelian ekuiti serta pengambilalihan syarikat berasaskan konsep Management Buyout.

91. Pembangunan usahawan merupakan faktor terpenting bagi melonjak aktiviti ekonomi Bumiputera. Selaras dengan itu, program pembangunan usahawan yang bersepadu akan dilaksana bagi meningkatkan daya saing dan daya maju usahawan Bumiputera termasuk masyarakat luar bandar. Justeru, Kerajaan akan memperuntukkan 200 juta ringgit bagi program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

97. Pada tahun 2011, Kerajaan telah memperuntukkan 120 juta ringgit kepada TEKUN. Bagi memberi rangsangan kepada usahawan kecil, saya mencadangkan peruntukan ini ditambah lebih sekali ganda lagi kepada 300 juta ringgit. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) juga akan menyediakan 2.1 bilion ringgit untuk pembiayaan pinjaman mikro kepada usahawan terutamanya wanita. Daripada jumlah tersebut, 100 juta ringgit disediakan untuk usahawan kaum India dan 100 juta ringgit lagi kepada usahawan kaum Cina melalui satu unit khas di bawah AIM. Untuk mengurangkan kos pengendalian peniaga dan usahawan mikro, Kerajaan mencadangkan surat cara perjanjian pembiayaan mikro kredit diberi pengecualian duti setem

101. Golongan belia adalah generasi yang menyumbang dan merealisasi wawasan negara. Generasi muda perlu diperlengkap dengan latihan dan kemahiran bagi mempastikan peranan mereka dalam pembangunan negara. Untuk ini, Kerajaan akan memperuntukkan 320 juta ringgit bagi menjalankan pelbagai aktiviti termasuk latihan kemahiran, program kepimpinan, daya tahan dan keusahawanan di peringkat daerah dan negeri termasuk sumbangan kepada Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah.

DANA UNTUK USAHAWAN KECIL DINAMIK

>Peruntukan Awal sebanyak RM50 juta
>Pinjaman RM5-10 ribu kepada Usahawan Kecil yang berpotensi dan dinamik .
>Tempoh bayaran balik 2 tahun dibawah skim Al Qhardul Hassan
>Dana ini telah diumumkan pada 22 september 2011 sempena Karnival Uasahawan Desa di Putrajaya.
>Pemohon mestilah ahli kepada Persatuan Gabungan Penjaja dan Perniaga Kecil Melayu Malaysia –PPPKM, sehingga kini ahli PPPKM berjumlah 500,000 orang.
>Kepada yang berminat, sila hubungi Pegawai Mara daerah (PMD) dan Pusat Bimbingan Usahawan MARA(PUSMA)

TAJUK-TAJUK CERAMAH > PROGRAM PEMBINAAN [M.I.N.D.A] USAHAWAN

Tajuk-tajuk ini telah dibangunkan oleh para Panel Perunding di Akademi Minda Usahawan dan telah disusun mengikut 4 fasa sejajar dengan 4 fasa pembangunan perniagaan. Tajuk-tajuk ini telah di jadikan tajuk-tajuk ceramah dalam program-program pembangunan minda usahawan yang telah dijalankan dari semasa ke semasa.

FASA 1 : KESEDARAN KEUSAHAWANAN
1. Pengenalan kepada dunia usahawan
2. Mengapa saya memilih kerjaya usahawan
3. Peluang-peluang dalam kerjaya usahawan
4. Bidang perniagaan, perkhidmata yang berdaya maju
5. Usahawan Melayu, Cabaran dan Ancaman
6. Mahasiswa dan keusahawanan
7. Jati Diri dan Pembangunan Minda Usahawan

FASA 2 : PERSIAPAN KEUSAHAWANAN
1. Prosidur Memulakan Perniagaan
2. Teknik Asas Pemasaran
3. Asas Asas Pengurusan Akaun
4. Asas Asas Pengurusan Pejabat
5. Undang-undang perniagaan di malaysia
6. Rancangan Perniagaan , RP

FASA 3 : PENGURUSAN PERNIAGAAN
1. Kuasa Minda dan Potensi Diri
2. Imej dan Penampilan Usahawan
3. Bahasa dan Budaya serta Etika Usahawan
4. Pengucapan Awam dan Komunikasi Berkesan
5. Rahsia Kenapa Bisnes kecil Gagal
6. Usahawan Bumiputra : Cabaran dan Ancaman
7. Siapa Saya, Dimana Saya, Kemana Saya
8. Mengenal potensi dan Bakat keusahawanan

FASA 4 : PENGEMBANGAN PERNIAGAAN
1. Psikologi Dalam Kejayaan Bisnes
2. Psikologi Menjual Gaya Brian Tracy
3. Psikologi Dalam Kejayaan Berunding
4. Psikologi dalam Perhubungan Pelanggan
5. Nama, Jenama, Penjenamaan
6. Pemasaran Media Baru dan Media konvensional

NOTA :
Panel penggubal modul-modul ceramah sentiasa mengemaskini modul mengikut keperluan pelanggan. Boleh di reka khusus mengikut spesifik keperluan pelanggan. Pihak kami mengalu-alukan sebarang cadangan dari pihak anda sekelian !!!