SIAPAKAH USAHAWAN ?

JEJAK USAHAWAN, ADAKAH ANDA USAHAWAN ?
Usahawan perlu mempunyai beberapa kemahiran, diantara kemahiran yang amat perlu adalah Kemahiran Mendengar. Usahawan sering menghadhiri seminar, ceramah, sessi dailog dan mungkin juga sering menerima "rejection" jualan dan lain-lain rejection. Kemahiran Mendengar bukalah sesuatu yang mudah apatah lagi untuk mendengar dengan minda dan hati....! SIAPA USAHAWAN ? Terdapat pelbagai definasi, bergantung kepada siapa yang memberi definasi, apa latar belakang mereka dan dari propektif mana mereka melihat. Berikut adalah definasi dari seorang tokoh akademik yang mengajar subjek keusahawanan :
USAHAWAN ADALAH SESEORANG YANG BERUSAHA MEREALISASIKAN IDEA DENGAN MERANCANG, MENGURUS, MENYELENGGARA DAN MELAKSANAKAN USAHA-USAHA MENJANA EKONOMI DENGAN SOKONGAN MODAL DAN MASA SERTA BIJAK MENGURUS RISIKO DAN BERANI MENGHADAPI CABARAN SEMASA.
FROM ZERO TO HERO

6 KRETERIA USAHAWAN : 1. IMEJ & AURA DIRI 2. KEMAHIRAN KOMUNIKASI 3. KEMAHIRAN MENGURUS & MENTADBIR 4. SIKAP & K0MITMEN 5. FOKUS & BERMOTIVASI 6. MISI & VISI MODAL UTAMA PERNIAGAAN ADALAH DIRI SENDIRI ?

MENGAPA SAYA MEMILIH KERJAYA USAHAWAN !

A. 9/10 KEKAYAAN ADALAH MELALUI PERNIAGAAN Rata-rata seseorang usahawan mempunyai sumber pendapatan dari empat sumber : 1. Gaji sebagai pengurus atau pengarah urusan syarikat 2. Keuntungan dari perniagaan yang di jalankan 3. Dividen dari modal yang di laburkan 4.Komisen dari barangan atau servis yang dipasarkan

B. MENYERTAI JIHAD EKONOMI UMMAH

Memperbaiki Nasib Diri dan Keluarga, Bangsa serta Ummah

C. MEMAKMURKAN MASYARAKAT DENGAN MUAMALAT ISLAM

Sejak berkurun lamanya umat islam di tenggelami dengan sistem ekonomi kapitalis, hanyut dengan amalan perniagaan beriba. Pelbagai bentuk tekanan dan pernindasan dalam sistem yahudi itu. Tiba masanya umat islam bangkit dan membebaskan diri, keluarga dan masyarakat dari sistem perniagaan jahilliyah kepada muamalat islam. D. MENANDINGI YAHUDI DAN NASRANI

Rata-rata kuasa ekonomi di tangan yahudi, jangan biarkan mereka monopoli ! Menjadi fardu kiffayah kepada umat islam !

KELUAR PAGI BALIK PETANG, DAPAT GAJI HABIS BUAT BAYAR HUTANG ?

CABARAN USAHAWAN BUMIPUTRA ?
  1. Modal - RM
  2. Ilmu / knowledge
  3. Jaringan/Network
  4. Pengalaman
  5. Budaya Keusahawanan

HALANGAN KEPADA KEJAYAAN USAHAWAN ?

  1. Disiplin
  2. Daya Tahan
  3. Sikap Tamak haloba
  4. Hasad dengki- tiada sikap bantu membantu bangsa sendiri
  5. Sabotaj - oleh rakan kongsi/kakitangan/pesaing
  6. Kerenah Birokrasi- nak tolong mesti kena hulur, tak hulur tak proses

9 RAHSIA KEKAYAAN 1. Keinginan Yang Membara Untuk Kaya 2. Tidak Berputus Asa & Berfikiran Positif 3. Tingkatkan Kemahiran & Kepandaian Diri 4. Jujur & Amanah Serta Sabar 5. Tidak jadi Hamba Wang 6. Jauhi Hutang & Bijak Mengurus Hutang 7. Berkawan & ‘Berkahwin’ Dengan Orang Kaya Duit 8. Labur 10% Dari Pendapatan - Wang Menjana Wang (Menanam Wang=Menuai Wang) 9. Sucikan Pendapatan -10% Untuk Zakat & Sedekah (Banyak Memberi= Banyak Menerima )

Mengurus sebuah perniagaan seperti menunggang sebuah basikal ? a) Pilih Jenis Basikal Yang Sesuai b) Belajar Cara Menunggang Dengan Betul c) Pastikan Arah & Distinasi d) Patuhi Peraturan Jalan Raya & Peraturan Perlumbaan 5’D : Determination>Drive>Discipline>Dedication>Duplication 5 FAKTUR KEJAYAAN USAHAWAN 1. BERSIKAP SEBAGAI USAHAWAN > INISIATIF & KREATIF > CEKAP MEREBUT PELUANG > GIGIH & BERDISIPLIN > MEMBINA JARINGAN PERNIAGAAN > MEMUASKAN HATI PELANGGAN 2. PANDAI MERANCANG & BIJAK MENGURUS 3. RAJIN MEMASAR & GIGIH MENJUAL 4. CEKAP MENGAWAL KEWANGAN 5. TAHU MENGIRA RISIKO

Kemahiran Teknikal > Kemahiran Pengurusan > Kemahiran Kepimpinan ERTI SEBUAH KEJAYAAN ? KEJAYAAN ADALAH ‘KEKAYAAN’ DALAM SEMUA ASPEK KEHIDUPAN SAYA. Ø KEWANGAN & KEMEWAHAN Ø KEGEMBIRAAN & KECERIAAN Ø MEMILIKI RUANG & MASA Ø KREATIF & INNOVATIF Ø SILLATURRAHIM & JARINGAN Ø CINTA & PERSAHABATAN Kekayaan Masa Depan Terletak Pada Nilai Pengetahuan & Kemahiran Yang Boleh Di Perdagangkan –Thomas Edition 2 pemangkin utama kejayaan !

Ø ILMU YANG SAYA PELAJARI DAN AMALKAN > KNOWS HOW Ø ORANG YANG SAYA BERURUSAN DENGANNYA > KNOWS WHO Setiap Masa Saya Mesti Mempelajari Banyak Perkara Baru ! Setiap Hari Saya Mesti Jumpa Dengan Ramai Orang Baru ! 4’S : ciri-ciri orang gagal 1. Suka Beralasan 2. Selalu Menyalahkan Orang Lain 3. Sering Mengulangi Kesilapan Yang Sama 4. SombongBodoh “Cerdik Tak Dapat Nak Tumpang” “Bodoh Tak Dapat Nak Ajar” Kejayaan Seringkali Meniti Dari Kegagalan Kepada Kegagalan Tanpa Kehilangan Semangat Untuk Berjaya – Wiston Churchill DECLARATION #1 : My Business Philosophy is To Be Very FOCUS On What I’m DOING, On what I KNOW Best And On What I Could PRODUCE Best ! DECLARATION #2 : Every JOB Is A My Self POTRAIT I Must AUTOGRAPH My Work With EXCELLENCE ! DECLARATION #3 : I Must Facing Any Problem Positively, Run Away Doesn’t Solve The Problem But Will Create New Problem !

6 ulasan:

Wong Pencen berkata...

Assalamualaikum

Siapa usahawan. Kalau kita boleh definasikan dengan jelas, dan kesan jejak seseorang usahawan sebenar, mungkin kita dapat kenalpasti apa masaalah orang Melayu di Malaysia ni. Dah puluhan tahun merdeka, dah ramai yang berusaha menjadi usahawan dan terlalu ramai yang gagal.

Yang memulakan perniagaan runcit dalam kalangan masyarakat Melayu sendiri pun boleh kalah dengan orang lain. Bukan setakat kalah, sampai tutup.

Atau mungkinkah, pengusaha yang berniaga kedai runcit ni tak termasuk dalam kategori usahawan.

Mari kita dalami isu ini. Mungkin kita boleh jumpa penyelesaiannya.

wan latif berkata...

Semua orang nak jadi usahawan. Ramai yang berjaya dan ramai yang gagal. Tak kurang juga yang kelihatan berjaya dan bergaya tapi akaun bank kosong. Ini penyakit utama usahawan Melayu.

Baru berniaga dan ada untung sedikt dah nak bergaya dengan kereta mewah dan pejabat canggih. Mula tak tak tahu makan di warung, pakaian branded dan mahal dll. Dan satu lagi fenomena biasa...tambah cawangan, bukan cawangan perniagaan tapi "bini baru" tak kurang juga semakin ramai girl friends keliling pinggang.

Usahawan bukannya usha part time tapi fulltime. Full commitment. Orang melayu memang dah di kenali dengan sikap suka hidup bersenang-senang. Tak mahu berkerja kuat tapi mahu hasil yang lumayan.

Penyelesaian? Tanyalah usahawan Melayu sendiri! Jawapan mereka bergitu streotype. Salahkan persekitaraan, keadaan dan sejarah dll.

Jarang sekali mereka melihat punca utama mereka berjaya atau gagal kerana diri SENDIRI.

Wong Pencen; ulasan anda bernas dan saya menanti ulusan anda seterusnya.

zahari berkata...

Salam,

dinderaman, tahniah satu tajuk yang menarik untuk dibincangkan. Saya juga membicarakan tajuk yang sama dalam blog di http://zaharisharit.wordpress.com/2008/12/03/ who-is-an-entrepreneur/
Satu soalan yang nampak mudah tetapi sukar untuk dijawab.

Saya setuju dengan wong pencen
"Kalau kita boleh definisikan dengan jelas, dan kesan jejak seseorang usahawan sebenar, mungkin kita dapat kenal pasti apa masalah orang Melayu di Malaysia ni".

Bagi saya, tidak ada satu pun definisi yang betul untuk semua keadaan. Cuma saya tertarik untuk berkongsi definisi seorang rakan mengenai usahawan. Katanya “usahawan ialah seseorang yang mampu menjana pendapatan untuk diri sendiri dan orang lain dalam jumlah yang tidak terhad hasil aktiviti yang dijalankan”

Selain definisi, yang lebih penting marilah kita melihat apakah faktor yang menentukan kejayaan dan kegagalan seorang usahawan. Saya bersetuju dengan banyak pihak – SIKAP. Soalannya adakah usahawan Melayu memiliki sikap yang betul? Yakni sikap seorang yang berjaya.

Kebanyakan usahawan Melayu sekarang adalah generasi pertama dalam bidang perniagaan. Oleh itu sikap mereka masih tebal dipengaruhi oleh sikap generasi ibu bapa mereka. Kebanyakannya sama ada petani, nelayan atau pekebun. Sebagai anak peneroka FELDA, saya suka memberi contoh seorang peneroka yang dikenali sebagai “Pak Husein orang kaya”

Adakah beliau usahawan berjaya di kampung FELDA sehingga beliau mendapat gelaran tersebut? Apakah usaha dan aktiviti beliau dalam bidang perniagaan sehingga beliau menjadi kaya?

Sebenarnya tidak satu pun yang betul. Daripada pemerhatian saya, beliau cuma ada GAYA. Gaya sebagai usahawan, gaya macam orang kaya. Dari cara berpakaian yang sentiasa kemas, dan tidak ketinggalan dengan kasut kulit hitam berkilatnya itulah menyebabkan beliau mendapat jolokan tersebut. Aktiviti hariannya bukanlah bertemu pelanggan atau rakan kongsi tetapi bertemu rakan berborak dan bermain dam haji di kedai kopi. Dari pagi hingga ke petang, lepas secawan kopi ke secawan lagi. Bila bercerita kalah tokoh politik dan menteri atau tokoh korporat.

Sebagai peneroka, kebanyakan orang lain bekerja di ladang, tapi beliau menghabiskan masa di kedai kopi. Mungkin 4-5 hari sahaja di ladang dalam sebulan, selebihnya...BERGAYA. Bila ditanya kenapa begitu sikapnya, jawapan simplistiknya “ buat apa bekerja keras, cukup apa yang ada” Saya sendiri melihat akibatnya kepercayaan salahnya itu. Beliau bergaya tapi anak dan bini tunggang-langgang. Anak-anak beliau yang juga rakan sebaya saya ke sekolah tidak seperti anak orang lain. Keperluan asas ke sekolah jauh dari sempurna. Bahkan isterinya terpaksa bekerja menambah pendapatan bagi menanggung keluarga besarnya.

Kalau saya nak simpulkan, sikap “Pak Husein orang kaya”, inilah yang di katakan sikap “SELESA” atau “complacence”. Sikap, SELESA dengan apa yang ada ini, menyebabkan beliau tidak sedar apakah amalannya betul atau salah. Sikap ini dibawa sehinggalah ke akhir hayatnya. Akhirnya beliau meninggalkan namanya “Pak Husein orang kaya” segar dalam ingatan warga kampung FELDA, bersama sebuah rumah usang dan tidak bertangga kerana sudah reput di telan zaman - mati dalam miskin & daif.

Apa yang kita boleh pelajari? Dua perkara yang paling penting; pertamanya SIKAP dan kedua KEPERCAYAAN.

KEPERCAYAAN yang salah menghasilkan SIKAP yang salah lantas TINDAKAN yang tidak berhasil.

Wong Pencen berkata...

'..salahkan persekitaran, keadaan, sejarah tapi tidak diri sendiri' Cerapan dari ulasan Wan Latif.

Yang tak berniaga kata mereka nak berniaga tetapi tidak ada modal.

Ada pula yang bercita-cita menjadi usahawan semenjak mula bekerja.
Disebabkan cita-cita ini, mereka mengumpul modal sehingga terkumpul ratusan ribu ringgit. Masih makan gaji pada umur empat puluhan, dengan wang ratusan ribu ringgit dalam akaun bank, masih tidak memulakan perniagaan. Bila ditanya, jawapan yang diberikan cukup mudah dan tepat. 'Aku dah kumpul duit ni puluhan tahun. Macam mana kalau berniaga lalu rugi, habis usaha aku yang puluhan tahun ini'.

Yang berniaga pula berkata tiada sokongan dari masyarakat mereka sendiri. Harapkan sokongan dari orang lain tentu dipandang sebagai mustahil kerana masyarakat sendiri pun tak mahu sokong.

Yang memulakan perniagaan hasil sokongan pihak kerajaan pun ada masaalah mereka sendiri. Kilang didirikan dengan bantuan bank. Keyakinan bank memberi pembiayaan bersandarkan kontrak yang ditandatangani dengan pihak kerajaan atau syarikat milik kerajaan. Segalanya seperti mudah.

Nampak mudah namun selepas beberapa tahun, kontrak masih dalam tangan, pengeluaran masih berjalan, bayaran balik pembiayaan bank tidak pernah tertunggak. Kereta dah banyak malah ada yang memiliki kapal atau bot mewah yang hanya digunakan beberapa kali setahun.

Sekali pandang, perniagaan nampak menjadi. Bila berjumpa usahawannya, kita memandang tinggi kejayaannya dan ingin mencontohinya. Tetapi pengurus yang menguruskan bahagian kewangan syarikat berpandangan lain. Dia hampir tidak dapat bertahan lagi dengan masaalah kewangan syarikat yang sekarang seperti masaalah kewangan peribadinya sendiri. Masaalah yang mengikutinya sepanjang hari dan malam. Masaalah yang seperti masaalah dia sendiri sedangkan masaalah itu sebenarnya adalah masaalah usahawan yang terlalu banyak berbelanja untuk mempamerkan kejayaan sehingga hutang dengan pembekal meningkat puluhan juta ringgit.

Lebih malang lagi, pengurus kewangan yang bertungkus-lumus berusaha membayar apa yang sepatutnya dibayar tidak dapat pun memastikan dirinya sendiri menerima gaji pada masa yang sepatutnya.

Namun dalam kekalutan ini, jangan kita lupa ada di antara kita yang memulakan perniagaan dengan modal yang sangat minima. Sebegitu minima sehingga nak mendaftarkan syarikat sendirian berhad pun tidak mampu.

Memulakan perniagaan berteknologi tinggi dalam bidang kejuruteraan dengan menggunakan peralatan ICT yang sangat canggih sedangkan usahawan itu sendiri semasa memulakan perniagaannya meminta bantuan rakannya setiap kali mahu membuka dan membalas komunikasi email rakan teknologi yang berada di luar negara yang dikenali hanya melalui laman web.

Ada juga usahawan kita yang melangkah lebih cepat dari perbincangan pihak pemerintah. Semasa pihak kerajaan mula membincangkan sistem 'bina dan jual' dalam industri perumahan, sudah ada usahawan kita yang menyiapkan projek menggunakan sistem ini dan sudah memulakan projek keduanya, menggunakan sistem yang sama.

Kita ada semuanya. Contoh kegagalan memang banyak namun begitu juga contoh kejayaan. Sikap dan sifat baik yang boleh menjadi ikutan, banyak di sekeliling kita namun sekiranya kita tidak berhati-hati kita akan nampak hanya contoh-contoh ngeri yang menjauhkan diri kita dari 9 dari punca rezeki.

Wong Pencen berkata...

Maaf, ada sedikit pembetulan kepada perenggan akhir ulasan terakhir saya.

"Kita ada semuanya. Contoh kegagalan memang banyak namun begitu juga contoh kejayaan. Sikap dan sifat baik yang boleh menjadi ikutan, banyak di sekeliling kita namun sekiranya kita tidak berhati-hati kita akan nampak hanya contoh-contoh ngeri yang menjauhkan diri kita dari 9 dari 10 punca rezeki.

sticker berkata...

miu miu bag
miu miu bags
miu miu handbag
miu miu purse
miu miu wallet