Bisnes RoadMap 2014

Sekali Air Bah sekali Pasir Berubah ?
Sejajar dengan perkembangan dan perubahan semasa, alam dan dunia perniagaan terus berkembang dengan eleman baru dan cabaran semasa, maka para usahawan dan bakal usahawan serta setiap orang perlu meningkatkan potensi diri, menambah ilmu dan kemahiran baru serta bersedia menyahut dan berdepan dengan cabaran baru. Kami di Akademi Minda Usahawan juga bersedia dengan Modul-Modul Latihan baru yang lebih relevan dengan tuntutan semasa.

7 Teras Modul Pembangunan Minda:
1. Motivasi Keusahawanan
2. Potensi Kendiri Keusahawanan
3. Modul-Modul Pengurusan Keusahawanan
4.  Modul-Modul Strategik Keusahawanan
5. Business Coaching
6. Personal Coaching
7. Team Building : TeamE’preneur (3H2M)

A. Program Publik - Terbuka Kepada Umum
1. Pelan Strategik Kejayaan Peribadi/Group/Busines (1-2 Hari)
2. Pengucapan Awam untuk Golongan Professional (2-3 Hari)
3. Bengkel Menjayakan Bisnes Latihan/Training (2 Hari)
4. Leadership and Project Management (2 Hari)
5. Membongkar Potensi dan InnerG Kendiri (1 Hari)
6. Pengurusan Kewangan Peribadi (1-2 Hari)
7. Pengurusan Kewangan Syarikat (1-2 Hari)
8.Pengurusan Stres (1-2 Hari)






B. Program in-house
1. Komunikasi Berkesan dan Pengucapan Awam (3H2M)
2. Membongkar Potensi dan InnerG Kendiri (2H1M)
3. Pelan Strategik Kejayaan (2H)
4. Budaya Kerja Cemerlang (2H)
5. Pra Persaraan (1H-3H2M)
6. Pengurusan Kewangan Peribadi (1-2 Hari)
7. Pengurusan Kewangan Syarikat (1-2 Hari)
8.Pengurusan Stres (1-2 Hari)





C. Modul Modul Keusahawanan
Tajuk-Tajuk berdasarkan 4 fasa Bisnes :
Tajuk-tajuk ini telah dibangunkan oleh para Panel Perunding dan telah disusun mengikut 4 fasa sejajar dengan 4 fasa pembangunan perniagaan.  Tajuk-tajuk ini telah di jadikan tajuk-tajuk ceramah dalam program-program pembangunan minda usahawan yang telah dijalankan dari semasa ke semasa. Namun begitu pihak kami juga mempunyai kepakar membina modul yang sesuai dan selari dengan kehendak pelanggan bagi tujuan Transformasi ASK: Attitude dan Skill serta Knowledge !!

F1 : PENGENALAN BISNES
       1.    Pengenalan kepada dunia usahawan
       2.    Mengapa saya memilih kerjaya usahawan
       3.    Peluang-peluang dalam kerjaya usahawan
       4.    Bidang perniagaan, perkhidmata yang berdaya maju
       5.    Usahawan Melayu, Cabaran dan Ancaman
       6.    Mahasiswa dan keusahawanan
       7. Jati Diri dan Pembangunan Minda Usahawan


F2 : PERSEDIAN BISNES
       1.    Prosidur  Memulakan Perniagaan
        2.    Teknik Asas Pemasaran
        3.    Asas Asas Pengurusan Akaun
        4.    Asas Asas Pengurusan Pejabat
        5.    Undang-undang perniagaan di Malaysia
        6.    Bisnes Model Generation
        7.    Rancangan Perniagaan  , RP


F3 : PENGURUSAN BISNES
            1.    Kuasa Minda dan Potensi Diri
            2.    Imej dan Penampilan Usahawan
            3.    Bahasa dan Budaya serta Etika Usahawan
            4.    Pengucapan Awam dan Komunikasi Berkesan
            5.    Rahsia Kenapa Bisnes kecil Gagal
            6.    Usahawan Bumiputra : Cabaran dan Ancaman
            7.    Siapa Saya, Dimana Saya, Kemana Saya
            8.    Mengenal potensi dan Bakat keusahawanan

    F4 : PENGEMBANGAN BISNES
           1.    Psikologi Dalam Kejayaan Bisnes
           2.    Psikologi  Menjual Gaya Brian Tracy
           3.    Psikologi Dalam Kejayaan Berunding
           4.    Psikologi dalam Perhubungan Pelanggan
           5.    Nama, Jenama, Penjenamaan
           6.    Pemasaran Media Baru dan Media konvensional
           7.    Seni Menjual


Modul- Modul Kontemporari:
1.       Motivasi Business – Minda dan Budaya Usahawan
2.       Potensi Kendiri Usahawan
3.       Minda Jutawan Gaya Abd Rahman Bin Auf
4.       Stratigik Bisnes
5.       Komunikasi Bisnes
6.       Business Idea Genaration – BIG
7.       Business Diagnostik – BD
8.       Business Model Generation Canves –BMGC
9.       Pemasaran Strategik + MMC
10.   Seni Kejurujualan + SMC
11.   Pengurusan Kewangan + CFMC
12.   Pengurusan Pengorganisasian dan Persumberan
13.   Pengurusan Projek
14.   Pengurusan Hubungan Pelanggan
15.   Rancangan Perniagaan (RP)
16.   Business coaching

7 Langkah Ke Pentas Jutawan

Pengurusan Kewangan Peribadi

7 Langkah Pengurusan Kewangan Peribadi Menuju Kepentas jutawan !
Sebagaimana Pesanan dari Jutawan Mr. Arzak Manusia Terkaya di Babylon:

 1/7: Mulakan dengan menambah wang dalam simpanan!
Ulasan :
Belanja wang lebihan selepas tabungan (10-30%) bukan menabung baki wang yg lebih selepas dibelanjakan! Seringkali tiada yang lebih malah tidak kecukupan pula. Sebahagian dari wang yang kamu perolehi, ada hak untuk diri kamu sendiri, maka simpanlah. Ada hak Tuhan untuk diagih agihkan kepada anggota masyarakat 2.5% maka berzakatlah. Ada hak mereka dibawah tanggungan kamu, maka berbelanjalah.

 2/7: Kawal Perbelanjaan, Perbelanjaan berhemah !
Ulasan :
Keperluan sebenar tidaklah sebanyak mana , manakala Keinginan pula tiada batasnya.  Rata-rata manusia berbelanja lebih dari keperluan sebenar dan paling tidak mereka dapat berjimat paling kurang 30% apabila kensep perbelanjaan berhemah dipraktikkan. Pembaziran dan pemborosan adalah amalan syaitan dan menghalang lalulan ke pentas jutawan.

3/7. Gandakan Wang- Bijak berniaga, keuntungan bertambah !
Ulasan :
Pada lazimnya ada 3 kaedah utama untuk menggandakan wang iaitu melalui perniagaan dan pelaburan serta perjudian. Menyimpan wang di bank bukanlah aktiviti penggandaan. Pelbagai  jenis perniagaan menghasilkan pergandaan yang berbeda beda, antara pengandaan yang cepat adalah bidang trading. Manakala pelaburan pula ada pelaburan yang berisiko tinggi dan sederhana serta berisiko rendah. Biasanya Semakin tinggi risikonya semakin besar pula penggandaannya, misalnya Forex dan Saham BSKL. Pelaburan dalam emas dan perak serta hartanah juga menjanjikan pengandaan yang tinggi. Banyak juga skim-skim haram yang menjanjikan pengandaan yang tinggi, rata-rata mereka yang melabur berakhir dengan melebur.



4/7. Jagalah Wang daripada kehilangan dan pembaziran !
Ulasan :
Wang boleh hilang dengan banyak cara dan kehilangan yang kerap belaku disebabkan pelaburan yang dibuat secara seberono pada skim-skim haram yang menjanjikan pulangan tinggi dan lumayan. Musuh kepada kejayaan adalah jalan pintas dan sentiasa mahu cepat.

Kemahuan diri sendiri seringkali susah mahu dibatasi. Seringkali berbelanja pada perkara perkara yang tidak perlu dalam pelbagai aspek. Kajian mendapati rata rata pengguna boleh berjimat paling kurang 30% bila mengamalkan cara perbelanjaan berhemah. Nafsu memang suka kepada pembaziran kerana nafsu suka kemewahan, kebanggan, pujian yang didorong oleh pujukan syaitan.

 5/7. Rancang pendapatan yang berterusan !
Ualasan :
Apa yang dimaksudkan pendapatan yang berterusan?
Pendapatan berterusan dapat diumpakan seperti air yang sentiasa mengalir dalam saluran paip dan pengguna dapat mengambil dan menikmati airnya pada bila bila masa sahaja tak kala membuka pili paip. Mengangkut air menggunakan timba dari telaga ibarat aktiviti kais pagi makan pagi. Gaji bulanan pula ibarat saluran paip berjangka masa . Bagi memdapatkan air yang mengalir berterusan dalam paip, satu pam  berkuasa super diperlukan untuk mengepam air daripada tasik atau empangan untuk dihantar ke rumah sendiri. Maknanya Mesin Duit diperlukan !! Sudahkah tuan puan memiliki Mesin Duit Sendiri?
Semakin Banyak Mesin Duit, semakin bermutu tinggi Mesin Duit,
 Semakin terjamin aliran duit yang berterusan mengalir ke poket sendiri !!

6/7.  Rancang pelaburan yang menguntungkan !
Ulasan:
Sebagimana Pesan Mr. Warren Buffet :
“Berhati-hati dengan mana mana institusi yang menjanjikan pulangan melebihi 20% setahun”
Tinggi pulangan, Tinggi pula Risikonya. Kenalilah Risiko sesuatu pelaburan !
Antara pelaburan yang disarankan:
1. Pelaburan  Saham BSKL dan Unit Amanah
2. Pelaburan Emas dan Perak
3. Pelaburan Barangan Antik
4.Pelaburan Hartanah
-Tanah, Bangunan Kilang, Rumah Kedai dan Rumah kediaman
5. Pengambilalihan Perniagaan atau Perniagaan Franchais yang berdaya maju.
6. Apa Lagi ...?



 7/7. Tingkatkan kemampuan menjana wang !
Ulasan :
Ada 4 kaedah umum untuk menjana wang iaitu :
1. Menggunakan tulang empat kerat. Siapa rajin berusaha mereka akan dapat lebih.
2. Menggunakan Akal. Sesiapa yang memiliki kecerdasan dan kebijaksanaan ada menjana lebih cepat dan lebih banyak dari orang lain.
3. Menggunakan mesin duit. Sesiapa yang memiliki mesin duit yang canggih, mesin duit yang banyak pasti dapat menjana wang yang berpanjangan serta bertambah dari semasa ke semasa .
4. Menggunakan wang, wang jana wang. Tidak hairanlah orang kaya semakin mudah untuk bertambah kaya.


Apa pula ulasan tuan-puan?