Komunikasi Bisnes

Kebijaksanaan dan kepetahan bercakap adalah satu dari tiga belah kompetensi kendiri yang perlu dimiliki oleh para usahawan . Berikut adalah sebahagian dari tip-tipnya:

[1]
Ramai mereka yang telah berjaya samada dalam Kerjaya mahupun dalam Bisnes adalah terdiri dari mereka yang pandai berbicara, bijak berkomunikasi.

Mereka tahu bercakap pada operasi dalaman dan pandai berbicara pada operasi luaran. Kemahiran komunikasi interpersonal itu telah menyebabkan mereka disegani dan dihurmati oleh pekerja sendiri dan juga oleh pelanggan mereka.

Bak kata bidalan: jika banyak emas keluar dari mulut, akan banyak emas terkumpul di depan mata !

[2]
Mengikut Michael J. Losier, ada 4 gaya komunikasi iaitu gaya Visual, Auditori , kinestatik dan gaya Digital. Memahami gaya kemunikasi diri sendiri dan gaya komunikasi orang lain akan lebih cepat membina keserasian dan berkongsi landasan persamaan.

Adalah penting memahami gaya komunikasi pasangan, anak-anak, mertua dan ipai dui bagi mengiratkan hubungan kekeluargaan. Begitu juga penting memahami gaya komunikasi sahabat handai, rakan sekerja, pagawai atasan dan kakitangan bahawan bagi menjalin hubungan yang mesra dan saling memahami !

[3]
Kajian oleh Dr Albert Mehrabian menunjukkan bahawa pengaruh komunikasi tanpa lisan melebihi dari komunikasi lisan dimana bahasa tubuh menguasai 55% , diikuti bahasa 38% dan perkataan 7%. Ini nampaknya selari dengan asas komunikasi 4’S – Senyum, Salam, Sapa dan Sopan.

Ada beberapa cara untuk menyampaikan hajat , gunakan bahasa yang berbeza untuk menyampaikan hajat yang sama melalui perkataan- perkataan yang berlainan. Kemampuan menguasai Teknik bahasa berkuasa gaya NLP - Pendengaran Parafrasa (Paraphrase Listening) satu kelebihan. Maksudnya menggunakan perkataan, frasa atau ayat yang lain untuk menyampaikan perkara yang sama.


[4]
Tip Melayan Pelanggan sebagaimana yang disarankan oleh Saudara Ann Wan Seng pengarang buku Rahsia Bisnes Orang Cina, diantaranya adalah:

1. Pelanggan suka berurusniaga dengan mereka yang ada kejujuran dan keikhlasan

2. Memberikan layanan yang sama rata kepada semua pelanggan tanpa mengira mereka pelanggan baru mahupun lama.

3. Mengutamakan perasaan pelanggan bukannya perasaan sendiri.

4. Muka mahu manis, mulut mahu ramah. Mulakan dengan konsep 4’S iaitu Senyuman, Salam, Sapa dan Sopan.

4. Tidak menengkin atau memarahi pelanggan meskipun pelanggan tidaklah selalunya betul.

5. Menjawab pertanyaan pelanggan dengan yakin dan mesra.

6. Mempunyai dan mempamirkan rasa emphatin, prihatin kepada pelanggan.

7. Berbaik sangka dan tidak bersikap prejudis terhadap pelanggan.

[5]
antara desakan dan pujukan ...
antara suruhan dan saranan ...
antara permintaan dan rayuan ...
yang manakah lebih bekesan?

Kajian pakar menunjukkan bahawa bunyi yang dialunkan pada gelombang alpha mudah hinggap di hati sanubari. Maka disarankan supaya berbicaralah dengan gelombang Alpha, seperti berbicara dengan Tuhan dalam Solat, seperti berkata-kata dengan anak dalam pangkuan, seperti bercakap suami isteri dalam pelukan ! Tidak perlu meninggikan suara, tidak perlu menjerit dengan bahasa kasar dan kesat !

Menurut Hilmi Isa pengaran buku Rahsia Kalimah Berkuasa Dalam Bisnes:Kajian pakar membuktikan perbezaan paten-paten ayat orang yang berjaya dengan orang yang kurang berjaya. Dalam kajian berkenaan, mereka memerhatikan gaya komunikasi pengurus-pengurus dan mereka mendapati bahawa pengurus-pengurus berkenaan menggunakan gaya bahasa yang lebih positif seperti menghargai, menyokong dan menggalakkan. Sebaliknya para pengkaji mendapati pekerja bawahan suka berleter, menyalahkan dan menyindir.

[6]
Pernah anda rasa kecil hati, geram, marah-marah bila tiba-tiba di'unfriends' oleh sesorang yang anda kenali dan hubungan yang agak mesra sebelum ini?

Mereka mungkin tidak membenci anda, mungkin mereka sekadar mengalami kecederaan emosi lalu mereka pun mencari 'rakan baru' yang lebih serasi dan lebih sefahaman kerana itulah asas kepada kemesraan yang berpanjangan.

Ramai orang sebenarnya tidak 'Memilih Bulu' dalam berkawan dan berurusan, mereka lebih suka pada seseorang yang memiliki 'Muka Menyenangkan' !