MEMBINA NAMA>JENAMA>PENJENAMAAN

APALAH ADA PADA NAMA ? Terdapat golongan yang sering melontar ungkapan “APALAH ADA PADA NAMA ?”. Golongan ini berhujah ”Kalaulah bunga Tanjung ditukar nama kepada bunga Tahi Ayam sekalipun, harumnya tetap sama dan tidak akan berubah, jadi apalah ada pada nama?” Manakala banyak pula golongan yang begitu perihatin pasal sesuatu nama, golongan ini termasuklah : IbuBapa yang sedang menunggu kelahiran bayi mereka. Mereka ini sibuk mencari nama yang baik dan sesuai untuk anak yang bakal lahir. Sesuai denagn saranan Junjungan Nabi supaya ibubapa memberikan nama yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mereka yang hafal dan faham tentang 99 Asma’ Alhusna cukup prihatin dalam soal nama. Golongan yang baru mula hendak berniaga, mereka ini sibuk mencari nama syarikat yang bersesuai untuk di daftarkan sebagai nama syarikat mereka. Golongan usahawan yang sedang mengembangkan syarikat mereka ke arena antarabangsa. Mereka ini mengkaji nama syarikat atau nama produk mereka yang sediada, adakah mempunyai standard antarabangsa ataupun tidak? Adakah nama itu patut di kekalkan atau patut di beri nama baru, ”Rebranding”? Golongan usahawan yang sedang mengalami kemerosotan bisnes. Mereka mula berfikir adakah nama syarikat atau nama produk mereka ada ”fengshui” atau tidak. Mereka mula merujuk kepada pakar-pakar fengshui bagi mendapat nasihat. Pihak berkuasa tempatan dan pakar-pakar bahasa. Mereka ini sering mencadangkan supaya nama jalan, nama tempat atau nama-nama lain yang sediada wajar ditukar kepada nama baru atas alasan tersendiri. Seringkali pula cadangan mereka mendapat tentangan dari pihak-pihak lain. Sepintas lalu, mari kita lihat apa yang sebenarnya ada pada sesuatu nama !1. Nama adalah perkataan yang digunakan untuk membezakan Manusia, Haiwan, Tempat dan Produk. 2. Nama menggambarkan Bangsa, keturunan dan budaya serta lokasi penempatan. 3. Nama > Jenama > Penjenamaan 4. Nama mengambarkan perwatakan dan personaliti. 5. Jenama adalah nilai komersial. 6. Penjenamaan adalah perwatakan atau identiti yang di nobatkan. Dalam sebuah perniagaan, Nama>Jenama>Penjenamaan amat-amat penting ! Maka mulakan dengan meletakkan Nama Syarikat yang betul dan tepat !!

7 ulasan:

Najib Milatu berkata...

Assalamualaikum

Buat masa ini saya ingin mengulas sedikit berhubung dengan FOKUS, sebagai menyambut pelawaan tuan yang mengalu-alukan sumbangan, berkaitan catatan tuan bertajuk Hasil Kerja Yang Fokus.

Kita sering mendengar dari pelbagai sumber, kita mesti fokus sekiranya kita ingin mencapai kejayaan. Catatan tuan sendiri menggalakkan kita agar kita fokus.

Samaada untuk seorang pelajar, pekerja apatah lagi seorang usahawan, fokus sering dikatakan sebagai faktor penting yang mengiringi kita kearah kejayaan.

Cuma, apa sebenarnya fokus. Bagaimana sifat-sifat fokus itu sendiri. Saya ingin mengutarakan contoh seorang usahawan bagi menjelaskan persoalan saya ini.

Usahawan ini saya namakan Arif, menjalankan perniagaan barangan alatulis. Barangan dagangan dalam perniagaan alatulis ini sudah pastinya pelbagai.

Dari kertas yang pelbagai jenis dan warna, pen serta pensil yang juga pelbagai mutu dan harga, peralatan kecil pejabat seperti pembaris dan dawai kokot serta pelbagai lagi barangan sepertimana yang biasa boleh dilihat dalam kedai alatulis kepunyaan beliau.

Pelanggan Arif juga dari pelbagai golongan. Dari individu muda dan tua yang singgah di kedai, kontrak membekal ke jabatan-jabatan kerajaan dan sekolah-sekolah rendah dan menengah samaada yang berdekatan atau terletak jauh dari lokasi kedai sehingga pembekalan ke pejabat-pejabat milik sektor swasta.

Kerana perkhidmatan Arif yang diterima baik oleh pelanggan, beliau mula menerima tempahan barangan lain dari alatulis. Salah seorang pelanggan beliau yang bekerja disebuah syarikat swasta, mengambil seorang pekerja baru dan memerlukan sepasang meja dan kerusi untuk pekerja baru tersebut.

Pelanggan ini memang sering berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Arif. Bagi pelanggan ini, berurusan dengan Arif amat mudah dan hasil dari ini, pelanggan ini sudah menjadi kawan pula kepada Arif.

Pada hari pelanggan ini terfikirkan keperluan mendapatkan meja dan kerusi untuk pekerja baru beliau, Arif kebetulan datang mengambil cek bayaran bagi barangan alatulis yang terdahulu dibekalkan.

Maka berjumpalah Arif dan pelanggannya. Secara sepontan pelanggan bertanya kepada Arif.

"Arif, engkau boleh bekalkan meja dan kerusi untuk pekerja baru aku tak?"

Sebagai seorang usahawan atau peniaga yang fokus, apakah jawapan yang patut diberikan oleh Arif. Mungkin dari jawapan ini kita boleh meneruskan perbincangan berhubung dengan fokus dan keperluannya dalam menempuh perjalanan ke arah kejayaan.

Terima kasih.

Zahari Sharit berkata...

Walaikumsalam,

Najib saya perlu nyatakan, saya terpesona dengan tulisan anda. Struktur yang tersusun dan penyampaian yang bersahaja. Tidak ketinggalan padat dengan isi. Terima kasih juga kerana memberikan komen yang kedua didalam blog saya, entrepreneurstreet.blogspot.com

Saudara meninggalkan satu soalan yang cukup menarik untuk dijawab bersama. Saya percaya jika kita tanyakan kepada seratus orang, tentu sahaja kita akan dapat ratusan sebab kepada jawapan YA atau TIDAK itu.

Saya dan saudara Dinderaman tentu tertunggu jawapan saudara. Bagi saya jawapannya agak terbuka. Maksudnya, boleh YA atau TIDAK. Apakah natijah kepada soalan FOKUS yang kita bincangkan? Tentu sahaja, objektif utamanya adalah untuk mendatangkan hasil. Kerana dengan fokus sahaja usaha kita boleh mendatangkan hasil. Soalan yang seterusnya ialah HASIL yang bagaimana?

Adakah usaha Arif yang mungkin telah bertahun berniaga barangan alat tulis ini mendatangkan hasil
yang sepatutnya? Apakah peningkatan pencapaian perniagaannya dari tahun ke tahun? Dan apa pula jangkaannya di masa akan datang? Jika jawapannya Positif, Arif sepatutnya FOKUS dengan apa yang dilaksanakannya. Jika tidak, tentulah lebih bijaksana Arif memikirkan tentang perniagaan baru...membekal perabut.

Pada saya, Fokus kepada jenis perniagaan itu sangat penting. Walaubagaimanapun FOKUS kepada HASIL daripada usaha kita itu lebih penting untuk kaji dan bertindak.

Jadi persoalannya sekarang, apakah yang kita buat ini berbalai dengan HASIL yang telah kita dapat? Jika YA atau TIDAK, apakah yang perlu kita laksanakan lagi?

PS: Najib, saya sedang tertunggu-tunggu tulisan saudara seterusnya di blog anda.

aldino berkata...

Salam,
Terima kasih kepada Najib. Anda telah meninggalkan soalan yang boleh membuka Minda. Anda bertanya, apa sebenarnya fokus? Bagaimana sifat-sifat fokus itu sendiri?
Soalan Najib mungkin boleh di jawab dari pelbagai perspektif .
Pada saya, saya suka melihat dari perspektif tabie manusia itu sendiri. Apabila mata kita mengarah pandangan kesuatu arah, biasanya kita akan dapat melihat 'Objek' dan 'Latar'. Dengan sekelip mata, fokus pandangan boleh berubah dari objek kepada latar atau sebaliknya. Misalnya kita memandang muka sesorang, pada masa yang sama kita akan meletakan fokus kepada beberapa bahagian seperti dahi, kening, mata, hidung, bulu hidung, bibir, gigi, lesung pipit ataupun tahi lalat dan juga jerawat. Setiap elemen dimuka yang kita pandang biasanya ikuti dengan komen di hati. Besarnya tahi lalat dia,wah ada lesung pipit, cun makwa ni dan sebagainya.
Betul kah bila saya mengatakan bila kita melihat kemuka seseorang kita dalam masa yang sama dapat fokus kepada beberapa elemen yang ada dimukanya . ? Mohon Mencadang !
Berbalik kepada kisah Arif,
"Arif, engkau boleh bekalkan meja dan kerusi untuk pekerja baru aku tak?"
Arif akan menjawab ya atau tidak berdasarkan sistem keperjayaan Arif terhadap fokus .

Najib Milatu berkata...

Fokus.

Dari ulasan=ulasan Zahari dan Aldino, kita dapat kenalpasti bahawa jawapan kepada persoalan yang dilontarkan memang tidak muktamad. Kedua-dua jawapan ya atau tidak boleh diterima, bergantung pada keadaan.

Keadaan bagaimana? Ulasan Zahari menyentuh keadaan berkaitan hasil. Adakah hasil perniagaan sedia ada cukup baik atau tidak? Jika ya, hasil perniagaan alatulis Arif cukup baik, maka dia patut meneruskan fokusnya kepada perniagaan alatulis. Jika tidak, Arif harus melihat peluang lain, apatah lagi peluang ini sudah pun ditawarkan oleh salah seorang pelanggannya.

Zahari juga menyebut beliau mementingkan fokus kepada jenis perniagaan dan dalam masa yang sama menyatakan fokus kepada hasil adalah lebih penting.

Aldino mengulas dengan cara yang amat menarik dan saya berpandangan ulasan berhubung fokus pada muka seseorang itu sangat dekat perkaitannya dengan perniagaan alatulis.

Fokus pada muka atau fokus pada hidung atau mata atau lain-lain yang terdapat pada muka. Bila kita fokus pada muka, adakah kita cukup fokus. Ya jika kita bandingkan dengan perkara lain yang kita boleh pandang seperti badan, tangan, kaki dan sebagainya.

Tidak, kerana ada banyak benda lain yang boleh kita fokus seperti bibir, pipi, hidung dan sebagainya.

Dalam perniagaan alatulis, fokus boleh jadi kepada jenis perniagaan itu sendiri (alatulis) atau fokus kepada jenis-jenis alatulis seperti pensel atau kertas. Fokus kepada kertas sehingga dapat menjadi pengeluar kertas? Fokus kepada pen sehingga dapat memasarkan pen jenama sendiri?

Fokus juga boleh ditumpukan kepada pasaran. Fokus kepada kedai alatulis, fokus kepada pasaran kontrak pembekalan kepada jabatan kerajaan atau fokus kepada pembekalan sektor swasta. Fokus kepada pasaran tempatan atau luar negara?

Fokus juga boleh ditumpukan kepada mutu alatulis yang dijual dan dibekalkan. Memang ada pelbagai tahap mutu alatulis dipasaran. Dari yang murah dan biasanya bermutu rendah sehingga yang mahal dan sangat bermutu tinggi.

Jadi, persoalan fokus masih tidak terjawab.

Fokus kepada hasil boleh menjadikan kita 'jack of all trade'. Peniaga yang menjalankan perniagaan pelbagai. Kita sambar segala peluang yang melintas di hadapan kita.

Terlalu fokus kepada satu jenis perniagaan boleh menjadikan kita buta kepada peluang-peluang perniagaan jenis lain yang mungkin boleh mendatangkan kejayaan lebih besar kepada kita sebagai seorang usahawan.

Terlalu fokus kepada sesuatu jenis perniagaan juga boleh menjebak kita ke dalam perangkap industri senja atau industri yang sedang menuju penghujung, tidak lagi berdaya maju dan industri yang tidak lagi berkaitan dengan keadaan dunia semasa.

Jadi, adakah benar, FOKUS penting dalam menjayakan sesebuah perniagaan. Adakah FOKUS sebenarnya hanya satu mitos yang mengelirukan.

FOKUS sering dikatakan sebagai penentu kepada kejayaan sedangkan ia juga mungkin perangkap kegagalan. Yang mana satu yang betul?

Rose berkata...

Saya baru selesai mambaca sebuah buku oleh Janiffer White : Workless and make More

mengikut janiffer, setiap manusia yang mempunyai 2 tangan secara tidak langsung mampu melakukan juggling 3 biji bola dalam satu masa asalkan dia FOKUS dengan permainan itu. keupayaan ini dapat di pertingkatkan kepada 4...5...6...mungkin 7 biji bola bila sesorang itu membuat latihan dan mempelajari cara yang betul.
Jeniffer memberi dimensi baru dalam mendifinasikan FOKUS......?

Najib Milatu berkata...

Rose meperkenalkan satu perbandingan yang sangat menarik untuk perbincangan berhubung FOKUS. Juggling.

Dengan 2 tangan, asalkan kita FOKUS, kita boleh juggle 3 bola. Tanpa FOKUS, dua biji bola sahaja pun sudah boleh menjadikan pergerakan yang tidak menentu dan menyebabkan bola yang kita juggle jatuh.

Ditambah dengan latihan dan teknik yang betul, kita boleh juggle sehingga 7 bola.

Bagaimana kaitannya dengan permulaan perbincangan kita berhubung FOKUS ini. Adakah ini bermakna, dalam keadaan biasa, kita boleh menjalankan 3 jenis perniagaan berlainan dalam satu masa, asalkan kita FOKUS. Adakah ini juga bermakna apabila ditambah dengan latihan dan teknik yang betul, kita boleh menjayakan 4, 5, 6 atau 7 perniagaan sekali gus.

Saya berpandangan, walaupun analogi yang digunakan di atas sangat menarik, namun keadaannya sangat jauh berbeza. Apabila kita juggle bola, bola-bola yang kita gunakan tidak banyak kerenah. Pergerakan bola-bola yang kita juggle boleh dikatakan (secara perbandingan) mudah dikawal, sedangkan pergerakan sesebuah perniagaan sangat berbeza dari satu jenis kepada jenis yang lain.

Begitu juga, persoalan maksud FOKUS masih belum terjawab. Adakah kita FOKUS kepada juggling atau FOKUS pada bola? Kita FOKUS kepada usaha perniagaan secara menyeluruh atau FOKUS kepada sesuatu jenis perniagaan.

Terima kasih.

splendid berkata...

Good Blog, I think I want to find me, I will tell my other friends, on all!
aoc power leveling