MODUL PROGRAM PEMBINAAN [M.I.N.D.A] USAHAWAN

PENGENALAN : Pada asasnya program Pembinaan Minda Usahawan di bahagi kepada 4 fasa :
1. Fasa Kesedaranan
2. Fasa Persiapan
3. Fasa Pengurusan
4. Fasa Pengembangan

FASA 1 : KESEDARAN KEUSAHAWANAN
Fasa kesedaran adalah fasa memberi pendedahan kesedaran kepada para peserta tentang dunia keusahawan secara umum bagi menimbulkan minat serta membangkitkan keinginan para peserta kursus untuk menjadikan perniagaan sebagai kerjaya pilihan. Langkah ini bertujuan melahirkan lebih ramai golongan Usahawan Bumiputra sejajar dengan misi nasional yang bertujuan melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra (MPPB). Modul-modul dalam fasa kesedaran adalah seperti berikut :
 Pengenalan kepada dunia usahawan
 Mengapa saya memilih kerjaya usahawan
 Peluang-peluang dalam kerjaya usahawan
 Bidang perniagaan, perkhidmata yang patut saya ceburi
 Usahawan Berjaya : Cabaran dan Ancaman
 Mengenal Minat dan Bakat serta Potensi keusahawanan.
 Mahasiswa dan keusahawanan

FASA 2 : PERSIAPAN USAHAWAN (RANCANGAN PERNIAGAAN)
Pendedahan lanjutan perlu diberikan kepada para peserta yang telah menunjukkan minat mendalam untuk menjalankan sebuah perniagaan sendiri. Kepada mereka ini diberi tunjukajar yang lebih komprehensif supaya mereka tidak tersilap langkah dengan membuat keputusan dan tindakan awal yang salah. Hal ini bagi mengelakkan mereka tersalah pilih jenis bisnes yang hendak dijalankan dan mendaftar nama syarikat yang tidak relevan dengan perniagaan serta beberapa perkara asas yang lain. Mulakan dengan langkah pertama dengan betul supaya langkah-langkah seterunya menjadi betul !. Fasa ini membolehkan seorang bakal menyediakan Rancangan Perniagaannya (RP) secara komprehensif. Modul-modul dalam fasa persiapan adalah seperti berikut :
 Memilih Jenis Industri
 Nama dan pendaftaran syarikat
 Imej perniagaan papan tanda, loga, warna dll.
 Lokasi Tapak Perniagaan
 Rancangan Pentadbiran
 Rancangan Pemasaran
 Rancangan Operasi
 Rancangan Kewangan

FASA 3 : PENGURUSAN BISNES
Seorang usahawan adalah seorang pengurus kepada syarikat pernigaannya. Kecekapan dan kebolehan mengurus adalah tonggak kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Bidang pengurusan amat luas, maka paling tidak usahawan perlu tahu dan memahami asa-asas pengurusan dalam beberapa aspek seperti :
 Pengurusan Pejabat
 pengurusan Kakitangan
 Pengurusan Pengeluaran
 Pengurusan Pemasaran,jualan
 Pengurusan Pelanggan
 Pengurusan Perkhidmatan sokongan
 Pengurusan Risiko
 Pengurusan Kewangan

FASA 4 : PENGEMBANGAN BISNES
Bagaimana sesebuah perniagaan boleh terus berkembang maju. Bagaimana untuk mengatasi ancaman dan cabaran yang sering dihadapi di dalam sesebuah perniagaan. sesebuah perniagaan seringkali berdepan dengan Ancaman dan cabaran samada dari dalam syarikat dan juga dari luar iaitu persekitaran . Maka usahawan perlu peka dan pantas bertindak dari semasa ke semasa. aspek-aspek berikut perlu diberi penekanan yang wajar .
 Pengurusan , sistem asas dan sistem sokongan
 Latihan kemahiran dan kecekapan
 Nama Jenama Penjenamaa
 Pembangunan dan Barisan Produk
 Peningkatan jualan,hasil pasaran baru
 Pengurangan risiko
 Kawalan kos
 Analisa ROI