Bengkel : Strategic Business RoadMap

Pada : 1 Oktober 2013 ( Selasa )
Masa : 9 am - 5 pm
Tempat : Bandar Baru Bangi
Pendaftaran : sms/ whatsApp @ 013 368 5157

Bengkel : Menjayakan Bisnes Latihan


Pada : 12 & 13 Oktober 2013 ( Sabtu dan Ahad)
Masa : 9 am - 5 pm
Tempat : Bandar Baru Bangi
Pendaftaran : sms/ whatsApp @ 013 368 5157

Komunikasi Bisnes

Kebijaksanaan dan kepetahan bercakap adalah satu dari tiga belah kompetensi kendiri yang perlu dimiliki oleh para usahawan . Berikut adalah sebahagian dari tip-tipnya:

[1]
Ramai mereka yang telah berjaya samada dalam Kerjaya mahupun dalam Bisnes adalah terdiri dari mereka yang pandai berbicara, bijak berkomunikasi.

Mereka tahu bercakap pada operasi dalaman dan pandai berbicara pada operasi luaran. Kemahiran komunikasi interpersonal itu telah menyebabkan mereka disegani dan dihurmati oleh pekerja sendiri dan juga oleh pelanggan mereka.

Bak kata bidalan: jika banyak emas keluar dari mulut, akan banyak emas terkumpul di depan mata !

[2]
Mengikut Michael J. Losier, ada 4 gaya komunikasi iaitu gaya Visual, Auditori , kinestatik dan gaya Digital. Memahami gaya kemunikasi diri sendiri dan gaya komunikasi orang lain akan lebih cepat membina keserasian dan berkongsi landasan persamaan.

Adalah penting memahami gaya komunikasi pasangan, anak-anak, mertua dan ipai dui bagi mengiratkan hubungan kekeluargaan. Begitu juga penting memahami gaya komunikasi sahabat handai, rakan sekerja, pagawai atasan dan kakitangan bahawan bagi menjalin hubungan yang mesra dan saling memahami !

[3]
Kajian oleh Dr Albert Mehrabian menunjukkan bahawa pengaruh komunikasi tanpa lisan melebihi dari komunikasi lisan dimana bahasa tubuh menguasai 55% , diikuti bahasa 38% dan perkataan 7%. Ini nampaknya selari dengan asas komunikasi 4’S – Senyum, Salam, Sapa dan Sopan.

Ada beberapa cara untuk menyampaikan hajat , gunakan bahasa yang berbeza untuk menyampaikan hajat yang sama melalui perkataan- perkataan yang berlainan. Kemampuan menguasai Teknik bahasa berkuasa gaya NLP - Pendengaran Parafrasa (Paraphrase Listening) satu kelebihan. Maksudnya menggunakan perkataan, frasa atau ayat yang lain untuk menyampaikan perkara yang sama.


[4]
Tip Melayan Pelanggan sebagaimana yang disarankan oleh Saudara Ann Wan Seng pengarang buku Rahsia Bisnes Orang Cina, diantaranya adalah:

1. Pelanggan suka berurusniaga dengan mereka yang ada kejujuran dan keikhlasan

2. Memberikan layanan yang sama rata kepada semua pelanggan tanpa mengira mereka pelanggan baru mahupun lama.

3. Mengutamakan perasaan pelanggan bukannya perasaan sendiri.

4. Muka mahu manis, mulut mahu ramah. Mulakan dengan konsep 4’S iaitu Senyuman, Salam, Sapa dan Sopan.

4. Tidak menengkin atau memarahi pelanggan meskipun pelanggan tidaklah selalunya betul.

5. Menjawab pertanyaan pelanggan dengan yakin dan mesra.

6. Mempunyai dan mempamirkan rasa emphatin, prihatin kepada pelanggan.

7. Berbaik sangka dan tidak bersikap prejudis terhadap pelanggan.

[5]
antara desakan dan pujukan ...
antara suruhan dan saranan ...
antara permintaan dan rayuan ...
yang manakah lebih bekesan?

Kajian pakar menunjukkan bahawa bunyi yang dialunkan pada gelombang alpha mudah hinggap di hati sanubari. Maka disarankan supaya berbicaralah dengan gelombang Alpha, seperti berbicara dengan Tuhan dalam Solat, seperti berkata-kata dengan anak dalam pangkuan, seperti bercakap suami isteri dalam pelukan ! Tidak perlu meninggikan suara, tidak perlu menjerit dengan bahasa kasar dan kesat !

Menurut Hilmi Isa pengaran buku Rahsia Kalimah Berkuasa Dalam Bisnes:Kajian pakar membuktikan perbezaan paten-paten ayat orang yang berjaya dengan orang yang kurang berjaya. Dalam kajian berkenaan, mereka memerhatikan gaya komunikasi pengurus-pengurus dan mereka mendapati bahawa pengurus-pengurus berkenaan menggunakan gaya bahasa yang lebih positif seperti menghargai, menyokong dan menggalakkan. Sebaliknya para pengkaji mendapati pekerja bawahan suka berleter, menyalahkan dan menyindir.

[6]
Pernah anda rasa kecil hati, geram, marah-marah bila tiba-tiba di'unfriends' oleh sesorang yang anda kenali dan hubungan yang agak mesra sebelum ini?

Mereka mungkin tidak membenci anda, mungkin mereka sekadar mengalami kecederaan emosi lalu mereka pun mencari 'rakan baru' yang lebih serasi dan lebih sefahaman kerana itulah asas kepada kemesraan yang berpanjangan.

Ramai orang sebenarnya tidak 'Memilih Bulu' dalam berkawan dan berurusan, mereka lebih suka pada seseorang yang memiliki 'Muka Menyenangkan' !










MiTos Bisnes

Mitos Bisnes 1: 
Orang Melayu Tidak Pandai Berniaga
Bukan semua Orang Cina pandai berniaga,
Bukan semua Orang Melayu tak tahu berniaga,
Perniagaan yang berjaya adalah hasil dari kerja keras, kesungguhan, keberanian, keyakinan, pengorbanan keringat dan air mata serta panjang akal dengan sentiasa merancang melakukan perubahan !
Berniaga adalah sejenis seni dan kemahiran. Boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja yang berminat tanpa mengira bangsa dan keturunan !!

Mitos Bisnes 2: 
Berniaga akan melahirkan Jutawan Segera
Berniaga memerlukan bakat, minat dan kemahiran. Peniaga , usahawan pula perlu berwawasan, mempunyai komitmen, disiplin diri yang tinggi serta kesabaran, kekuatan mental dan pengorbanan. Pastinya semua ini tidak dapat dimiliki, dikuasai dalam masa yang singkat.

Mitos Bisnes 3: 
Mahu Berjaya dalam bisnes perlu bergantung kepada kontrak Kerajaan
Betapa ramai jutawan telah lahir dari bisnes kecil-kecilan, bisnes peruncitan. Bisnes peruncitan adalah medan berkesan untuk melatih para usahawan belajar menghadapi dan mengendali kerenah manusia, kerenah pelanggan yang pelbagai.
Kontrak kerajaan melibatkan banyak formality dan kerenah birokrasi


MiTos Bisnes 4: 
Bisnes sebagai kerjaya sampingan, separuh masa dan suka-suka.
Rata-rata usahawan yang Berjaya dan menjadi Jutawan adalah hasil kerja keras selama 10-15 jam sehari dan 7 hari seminggu.

MiTos Bisnes 5: 
Perlu ada ijazah MBA untuk menjadi usahawan Berjaya di peringkat glokal mahupun global.
Kejayaan Usahawan banyak bergantung kepada sikap, usaha dan keyakinan di samping minat, bakat serta kemahiran. Kelulusan akademi adalah bonus bila dimanfaatkan

MiTos Bisnes 6 : 
Bisnes akan cepat maju dengan menewaskan, dengan membunuh pesaing.
Perniagaan adalah satu industri yang memerlukan kerjasama, simbiosis dan sikap tolong menolong serta saling lengkap melengkapi.
Bukannya industri "makan orang" atau "makan seseorang

MiTos Bisnes 7 : 
Rezeki Secupak Tak Akan Jadi Segantang.
Sikap rajin, berani, agresif, tahan lasak, kuat semangat juang dan bijak menghitung risiko dan cekap menangkap peluang memungkinkan rezeki bertambah bergantang-gantang !

Kita berusaha sepenuh kudrat, kita bertawakal dengan penuh berharap dan Allah Makbulkan !!
Berfikir di Luar Kotak,
Bertindak di Luar Normal,
Hasilnya di Luar Jangka !!

MiTos Bisnes 8 : 
Bisnes Sendiri, Urus Sendiri, Urus ikut rasa hati sendiri.
Perniagaan yang telah terbukti berjaya rata-rata diurus dengan sistem yang mantap dan teratur. Bisnes jadi lentang pukang Tanpa S.O.P . Sendiri Bos Sendiri Kuli bukanlah satu amalan yang baik dan berkesan
>Disiplin adalah kunci kejayaan !!

MiTos Bisnes 9:
Nak Untung Lebih Kenalah Menipu
Pelanggan mahukan Nilai yang setimpal dengan wang mereka. Mereka mahukan prinsip menang-menang. Pelanggan yang rasa tertipu pastinya tidak akan datang lagi dan mereka pula bercerita kepada orang lain, kepada kenalan dan sahabat handai mereka.

Peniaga yang mementingkan diri sendiri, tamak, mahu untung cepat, tidak jujur, bijak bermuslihat dan memanipulasikan harga serta terlalu berkira akan cepat gulung tikar dan mengali kubur sendiri.

>Tidak ada Ke-Berkat-an bila mencuri dalam sukatan dan menipu dalam timbangan. Perbuatan itu diLarang dan Haram ...

MiTos bisnes 10 : 
Saya pandai memasak, saya ada resepi rahsia, jika saya buka restoran, tentu restoran saya akan penuh sesak dengan pelanggan.
John Pemberton dari Atlanta Amerika Syarikat adalah pemilik resepi coco-cola dan mula mempelkena...lkan minuman tersebut pada tahun 1886. Beliau telah menjual Rahsia Resepi tersebut kepada Asa Candler yang kemudiannya membangunkan sistem pemasaran yang hebat sehingga coco-cola menjadi produk dan jenama terkenal di seluruh pelusuk dunia.

John Pemberton dikhabarkan menghabiskan hayatnya dalam keadaan miskin manakala Candler pula terkenal sebagai seorang yang berjaya dan kaya raya.

>Berbisnes bukanya tempat untuk syok sendiri ...