NAMA DAN PENJENAMAAN >> Apalah Ada Pada Nama ???

Ada yang sering bertanya “Apalah Ada Pada Nama?”. Mereka ini berhujah ”Kalaupun nama Bunga Tanjung ditukar kepada nama Bunga Tahi Ayam sekalipun, harumnya tetap sama dan fizikalnya juga tidak berubah, jadi apalah ada pada nama?”

Manakala banyak pula golongan yang begitu perihatin pasal sesuatu nama, golongan ini termasuklah IbuBapa yang sedang menunggu kelahiran bayi mereka. Mereka ini sibuk mencari nama yang baik dan sesuai untuk anak yang bakal lahir. Sesuai dengan saranan Junjungan Nabi supaya ibubapa hendaklah memberikan nama yang terbaik untuk anak-anak mereka. Mereka yang hafal dan faham tentang 99 Asma’ Alhusna cukup prihatin dan mengerti dalam soal nama.

Golongan yang baru mula hendak berniaga, mereka ini sibuk mencari nama syarikat yang bersesuai untuk di daftarkan sebagai nama syarikat mereka. Manakala golongan usahawan yang mahu mengembangkan syarikat mereka ke arena antarabangsa, mereka ini mengkaji nama syarikat atau nama produk mereka yang sediada, adakah mempunyai standard antarabangsa ataupun tidak? Adakah nama itu patut dikekalkan atau patutkah diberi nama baru - Rebranding?

Golongan usahawan yang sedang mengalami kemerosotan bisnes. Mereka mula berfikir adakah nama syarikat atau nama produk mereka ada ”fengshui” atau tidak. Mereka mula merujuk kepada pakar-pakar fengshui bagi mendapat nasihat.

10 jenama yang kini Gah di pasaran dijangka akan luput tidak lama lagi sebagaimana mengikut satu kajian yang dijalankan di Amerika. Kemungkinan ini disebabkan kejatuhan mendadak dalam jualan dan kerugian besar yang sedang dialami oleh syarikat. Jenama tersebut adalah Nokia, Sony Ericsson, A&W, Sony Pictures, Sears, Saab, Soap Opera Digest, MySpace, American Appavel dan Kellogg’s Corn Pops.

 Pihak berkuasa tempatan dan pakar-pakar bahasa pula sering mencadangkan supaya nama jalan, nama tempat atau nama-nama lain yang sediada wajar ditukar kepada nama baru atas alasan tertentu. Seringkali pula cadangan mereka mendapat tentangan dari pihak-pihak lain.

Sepintas lalu, mari kita lihat apa yang sebenarnya ada pada sesuatu nama !
  1. Nama adalah perkataan yang digunakan untuk membezakan Manusia, Haiwan, Tempat dan Produk.
  2. Nama menggambarkan Bangsa, keturunan dan budaya serta lokasi penempatan.
  3. Nama mengambarkan perwatakan dan personaliti.
  4. Jenama adalah nilai komersial.
  5. Penjenamaan adalah perwatakan atau identiti yang di nobatkan.

Dalam sebuah perniagaan, Nama>Jenama>Penjenamaan amat penting sekali !
Maka mulakan dengan meletakkan Nama Syarikat yang betul dan tepat !!
Letaklah nama yang menarik pada produk yang dikeluarkan !!!

Tiada ulasan: